Israel bunuh kanak-kanak di Nablus

Tentera Israel telah menembak mati 2 kanak? Palestin termasuk yang berusia 13 tahun semasa serbuan di Semananjung Gaza.



Saksi melihat ia adalah kejadian yang terburuk pernah disaksikan. Doktor di bandar Nablus berkata budak laki? itu ditembak di kepala semasa pergelutan antara tentera Israel dan pembaling batu.

Budak laki? itu mati sejurus sampai di hospital tempatan. Sekurang2nya, seorang tercedera
dalam insiden tersebut.

Lagi terbunuh …
Dalam pertempuran yang lain berhampiran bandar Bethlehem, askar Israel telah menembak mati laki2 berusia 22 tahun dan mencederakan 3 yang lain.

Sumber Israel mengatakan askar mereka membuka serangan apabila rakyat Palestin membaling bom pada mereka di Nablus dan Bethlehem.

Awal khamis lalu, sekurang2nya sedozen orang cedera apabila askar Israel menembak peluru getah untuk meleraikan demonstrasi yang menprotes pembinaan benteng haram di Semenanjung Gaza.

Majlis perkahwinan dicerobohi
Di bandar Ramallah, pasangan pengantin dan 2 orang telah ditahan oleh askar Israel.

Sumber dari Israel mengatakan, mereka adalah aktivis Hamas dan mereka dipercayai terlibat dalam
pengeboman dan serangan tembak yang lepas.

Semenjak September 2000, lebih 2,500 rakyat Palestin dan 900 Israel terbunuh iaitu selepas pembekuan perjanjian damai.