Kesan Intifadah Palestin terhadap Israel

Walaupun propaganda yang digembar-gemburkan oleh mereka yang optimis terhadap perundingan-perundingan damai dengan pihak Israel begitu hebat dicanangkan sebagai jalan penyelesaian muktamad, namun hasilnya tidak sedikit pun menguntungkan rakyat Palestin dan umat islam sendiri.


Terbukti bahwa perundingan seperti itu hanya menambahkan lagi jumlah pemukiman Yahudi ? Israel mencapai 150% dan merobek-robek tanah bumi rakyat Palestin untuk dijadikan tanah milik pendatang – pendatang Yahudi. Perundingan itu juga merobek-robek keutuhan bangsa Palestin dan melemahkan kekuatan nasional dan Islam yang dinamis.

Perundingan-perundingan itu hanya menyisakan 18% saja tanah Tepi Barat dan Semenanjung Gaza yang dimiliki oleh PNA (Palestine National Authority).
Siri ? siri perundingan ini juga secara tidak langsung telah berjaya mengekang kebangkitan rakyat Palestin lewat Intifadah versi pertama yang telah dilancarkan pada tahun 1987.

Pihak berkuasa Palestin (PNA) telah berjaya dijadikan boneka rejim Zionis melalui usaha damai untuk menangkap dan membenteras pejuang – pejuang Palestin yang bangkit menentang rejim tersebut. Namun, dengan izin Allah, selepas kebiadaban Ariel Sharon pada September 2000 yang memasuki masjid al-Aqsa dengan 2,000 tenteranya yang lengkap bersenjata telah mencetuskan sekali lagi gelombang Intifadah versi kedua.

Di kala itu, gerakan Fatah, yang merupakan tonggak pihak berkuasa Palestin bagaikan terketuk untuk berfikir dan akhirnya rasional untuk menyertai Intifadah tersebut (ini kerana, dahulunya mereka adalah tonggak kepada PNA yang berusaha membenteras pejuang ? pejuang Palestin yang kebanyakkannya dating dari gerakan Hamas dan Jihad Islamiy).

Mereka bagaikan menemui jawapan kepada kemelut yang mereka hadapi, iaitu hanya melalui perlawanan habis ? habisan dan bahasa peluru sahajalah yang dikenali oleh bangsa Yahudi demi memerdekakan tanah air mereka yang tercinta dan juga masjid al-Aqsa.

Bagaikan jawapan muktamad, semuanya bersetuju hanya Intifadhah dan perlawanan bersenjata sahajalah yang menjadi jawapan dan menjadi pilihan yang paling strategik bagi bangsa rakyat Palestin. Pilihan yang penuh risiko ini adalah sangat tepat dalam usaha mengembalikan hak-hak rakyat Palestin yang dirampas oleh penjajah Israel.

Hasilnya, seramai 255 orang Yahudi telah menjadi korban manakala sekitar 1500 lainnya pula telah tercedera sehingga tahun 2002. Semenjak itu juga lebih kurang 10.000 aksi serangan berjaya dilancarkan ke atas sasaran-sasaran musuh yang membuatkan mereka hidup dalam keadaan ketakutan sepanjang masa. Satu natijah yang tidak akan diperolehi melaui meja ? meja rundingan damai.

Berikut ini adalah beberapa kejayaan yang diraih oleh Intifadahh selama 14 tahun, demi membuktikan keberhasilan gerakan tersebut :

1. Berhasil mengembalikan penyatuan bangsa Palestin untuk mengumpulkan kembali kekuatan mereka, terutamanya sewaktu Intifadah gelombang kedua semenjak tahun 2000. Ianya juga dapat menyatukan di antara golongan nasionalis dan juga golongan Islamis, setelah sekian lama panji kesatuan mereka dirobek-robek oleh perundingan yang bernama “Oslo”. Ianya juga telah berjaya mengembalikan hak-hak kependudukan di kaca mata rakyat antarabangsa yang telah sekian lama terhakis.

2. Mengembalikan nostalgia perjuangan pembebasan Palestin pada tahun 1948 ketika mana mereka melawan penjajah Israel demi mempertahankan tanah air mereka. Ianya juga berhasil menentukan arah dan corak politik di dalam pentadbiran entiti haram Israel itu sendiri. Entiti haram tersebut bagaikan kehilangan arah dan menumpukan seluruh agenda mereka untuk menangkis serangan ? serangan dari para pejuang dan juga lobi mereka di peringkat antarabangsa.

3. Intifada juga berupaya melumpuhkan sendi ? sendi kekuatan dan juga tapak hegemoni kerajaan rejim Israel dengan melakukan beberapa strategi :

Melumpuhkan sistem keamanan dan kerajaan musuh :

Ini berjaya dilakukan melalui serangan secara habis-habisan yang tidak ada penyelesaian secara gerila mereka sehinggakan pihak rejim Israel tidak terdaya untuk menghadapinya lagi. Ini telah diakui oleh tokoh-tokoh politik, ketenteraan dan keamanan entiti haram tersebut.

Fakta ini juga telah diakui sendiri oleh Menteri Luar Negeri AS, yang berperanan sebagai sekutu antarabangsa mereka merangkap mentor serta pelindung mereka, Collin Powel (23/05/2001) dengan mengatakan:”Sekarang telah dapat dilihat dengan jelas sepanjang beredarnya waktu , bahawa kebangkitan mereka ( rakyat Palestin) tidak akan dapat diselesaikan secara ketenteraan (untuk menghentikan intifadah).

Saya tegaskan lagi, tidak ada penyelesaian ketenteraan dalam pertikaian ini” . Majalah Yahudi ?Ma’ariv? juga telah melakukan polling (17/08/2001) yang mana hasilnya menunjukkan bahawa 70% dari orang Yahudi tidak percaya bahawa Sharon akan berhasil menghentikan aksi teroris itu (aksi syahid pengebom berani mati), seperti yang pernah dijanjikan oleh beliau.

53% yang lainnya langsung tidak yakin dengan taktik keamanan Sharon selama ini, manakala 83% pula merasa ketakutan dan khuatir jika dirinya, keluarga dan anak-anaknya bakal menjadi korban kepada aksi-aksi serangan pejuang ? pejuang Palestin tersebut yang tidak dapat dijangkakan bila ia akan berlaku dan di mana ia akan terjadi. 54% pula menunjukkan mereka berasa amat ketakutan untuk menghadapi hari ? hari mendatang (Ekifa Eldar ? majalah Ha’aretz ? 17/04/2001).

Melumpuhkan Ekonomi Musuh :
Tahun baru 2001 ? 2002 telah menyaksikan ketidakstabilan ekonomi Negara haram Israel dan sehingga kini tidak ada kenaikan pada KDNK Negara haram tersebut. Para ahli politik dan teknokrat Israel sendiri mengakui akan kemerosotan ekonomi negaranya disamping krisis keamanan dan ketenteraan akibat Intifadhah yang telah tercetus semenjak September 2000 itu. Hal ini pula yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangannya ketika mengumumkan krisis ekonomi yang melanda mereka dewasa ini (Kenyataan Menteri Kewangan Israel, BBC 05/08/2001).

Krisis itu muncul setelah kerugian pemerintah Israel pada tahun 2001 lalu mencapai 21,3 billion Shekel, bersamaan dengan 4,6% dari KDNK dan 11% dari KNK-nya. Selain itu angka pengangguran mencapai 10% dengan pertambahan 8,4% setiap tahunnya. Sektor-sektor ekonomi juga, terutamanya sektor infrastruktur mengalami penurunan yang sangat drastik. Ini telah ditegaskan dalam kajiselidik pendapat umum Israel (27-28 November dan 3-4 Desember 2001) dengan peratusan 62% suara menyatakan bahwa krisis ekonomi ini adalah akibat gagalnya perundingan damai dan meletusnya Intifadah yang berterusan menghantui kehidupan rakyat entiti haram Israel. Kajiselidik pendapat yang lain pula (1/11/2001) telah menunjukkan bahawa 66% suara menentang dengan keras usaha Sharon di bidang ekonomi dan sosial, sedangkan 75% suara menyatakan tidak yakin pemerintah Sharon akan berjaya menyelesaikan krisis ekonomi dan sosial yang semakin meruncing ini.

4. Memaksa Pihak Israel membuat taktik pemisahan kawasan (memisahkan kawasan penduduk berbangsa Yahudi dengan bangsa Palestin) seperti yang mereka pernah lakukan di Lebanon.

Hal ini disebabkan oleh hilangnya rasa aman di dalam jiwa setiap individu berbangsa Yahudi dan juga disebabkan oleh taraf kehidupan yang semakin tinggi untuk pihak Yahudi meneruskan usaha memperhebatkan pendudukan ? pendudukan baru. Inilah pilihan yang dilaung – laungkan oleh para pemimpin tertinggi Parti Buruh, diantaranya adalah Barak, Ramon, Eitsek, Menteri Perencanaan Strategi di pemerintahan Sharon, Meridor dan Michael Eitan dari Partai Likud.

Sebuah fakta telah menunjukkan bahawa beberapa Ketua Majlis Pemukiman Tempatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menyahut seruan tersebut dengan inisiatif mereka memasang dinding simen dan kawat berduri sepanjang 265 km untuk memisahkan antara penduduk Yahudi dan penduduk Arab.

Inisiatif ini juga telah dipersetujui oleh rakyat Israel dengan pungutan suara sebanyak 79% dari orang Yahudi bersetuju dengan pemisahan sepihak (Yediot Aharanot ? Dahef- berdasarkan kajiselidik pada 09/03/2001), sedangkan 53% suara mendukung idea pemisahan beberapa pemukiman Yahudi dengan lainnya dan mendirikan dinding pemisah (kajiselidik, sumber politik pada 09/11/2001). Inisiatif seperti ini juga dipersetujui oleh Ketua Partai Buruh yang baru sekaligus sebagai Menteri Ketenteraan di kabinet Sharon, Ben Eliezer beberapa hari lalu di sebuah sidang Majlis Keamanan dan Keselamatan Yahudi.

Ketua polis kawasan kota Baitul Maqdis (sumber politik, 21/11/2001) berhasil mendedahkan rahsia yang meminta penyegeraan projek “Tutup Jerusalem” untuk membangun pagar yang memisahkan antara BAitul Maqdis Timur dengan BAitul Maqdis Barat sepanjang 11 km. Dan perancangan ini bakal disempurnakan dengan bekerjasama Ketua Majlis Keamanan Nasional, Jeneral Uzi Dayan.

5. Penempatan Baru : jumlah pembangunan penempatan baru bangsa Yahudi pada 6 bulan pertama tahun 2001 mengalami penurunan peratusannya sehingga 63% dari tahun sebelumnya, iaitu tahun 2000. Hal yang sama juga berlaku kepada penurunan secara mendadak di jumlah penempatan di beberapa penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Gaza di tahun 2001 yang angkanya mencapai 80% jika dibandingkan dengan peratusan pada tahun 2000.

Sekarang ini, angka penurunan secara global jumlah penempatan mencapai angka 50% dan jumlah penambahan penempatan hanya berlaku di penempatan – penempatan Yahudi yang telah sedia ada.

6. Penurunan peratusan Imigrasi : Bilangan imigran bangsa Yahudi yang berhijrah dari Negara ? Negara luar ke Palestin pada tahun 2000 mengalami penurunan hingga 22% jika dibandingkan dengan tahun 1999. Dan yang menarik lagi ialah selama Intifadahh berlangsung, seorang dari lima orang Yahudi berkeinginan untuk pulang dan meninggalkan negeri Palestin dan kembali ke tanah air asal mereka.

7. Jalan-Jalan lengkungan : Projek jalan lengkungan (jalan yang berbelok ? belok) dihentikan karena dianggap merbahaya dan berpotensi digunakan oleh pejuang Palestin untuk aksi berani mati mereka jika mereka menaiki bas bersama dengan rakyat Yahudi yang lain.

8. Normalisasi : Selama sepuluh tahun terakhir ini usaha Yahudi untuk mengadakan pernormalisasi hubungan secara diplomatik di peringkat antarabangsa dan nasional semakin mengalami kegagalan yang hanya akan berakhir dengan keruntuhan negara haram Israel di bumi Palestin.

Jika mereka yang memilih Intifadah dan perlawanan secara habis ? habisan demi memerdekakan tanah air mereka merasa bangga dengan hasil yang mereka capai selama ini, maka gerakan Hamaslah yang akan menjadi harapan bagi rakyat Palestin. Ini kerana gerakan inilah yang mula membawa kepada kebangkitan Intifadah di bumi Palestin.

Mereka tetap istiqamah dengan pendirian tersebut walaupun mendapat tekanan dan serangan dari pelbagai pihak, baik dari pihak dalaman , mahupun dari peringkat antarabangsa (sehingga disenaraikan sebagai salah sebuah pertubuhan pengganas oleh AS). Hal ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Hamas kerana mereka adalah ibarat tulang belakang kepada gelombang Intifadahh Al Aqsa dan juga sebagai pelopornya.

Berikut ini akan dicatatkan beberapa kejayaan tindakan – tindakan Hamas selama berlangsungnya Intifadahh yang membuktikan bahawa gerakan ini menjadi tonggak dalam aksi-aksi serangan berani :
Jadual operasi ? operasi syahid (berani mati) Briged asy Syahid Izzuddin Al Qassam selama Intifadahh Al Aqsa:

-> Membunuh 145 orang Yahudi, bersamaan dengan 57% dari jumlah keseluruhan 255 korban Yahudi yang terbunuh dalam Intifadahh Al Aqsa.
-> Mencederakan sekitar seribu orang Yahudi.
->Berhasil melaksanakan 20 kali lebih aksi bom syahid (berani mati) dan mempersembahkan lebih dari 30 syahid.

Atas dasar inilah kita melihat kenapa mereka melalui wakil mereka, Abdul Aziz Rantisi menolak cadangan Kaherah agar mereka memberhentikan gerakan Intifadahh yang telah berlangsung selama 14 tahun ini.

Dan kita juga berharap agar usaha mereka yang tidak mengenali erti putus asa ini akan membuahkan hasilnya, seterusnya memerdekakan masjid al-Aqsa dan juga bumi Palestin dari penjajahan rejim Zionis.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.