Kemusnahan di Rafah: Kesan Sosial dan Psikologi

Soal jawab di bawah diadakan secara ‘online’ di IslamOnline.net pada 27 Mei 2004. Ahli Panel ialah Dr. Ahmed Khader Abu Tawahina.


Soal jawab di bawah diadakan secara ‘online’ di IslamOnline.net pada 27 Mei 2004. Ahli Panel ialah Dr. Ahmed Khader Abu Tawahina.

PROFIL PANEL

Dr. Ahmed Khader Abu Tawahina, merupakan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Klinikal. Sekarang beliau merupakan Timbalan Pengarah Program Kesihatan Mental komuniti Gaza (GCMHP). Beliau telah banyak menulis mengenai isu pengasingan psikologi pelajar universiti di Palestine serta kesan psikologi akibat penderaan di penjara Israel.

Soalan: Bagaimanakah cara untuk menolong mereka yang terlibat, kanak-kanak dan wanita yang kehilangan rumah serta mengalami tekanan emosi. Sekiranya wang diperlukan, apakah organisasi yang boleh dipercayai untuk menyalurkan bantuan kepada mereka?

Jawaban:

Sekarang, semua bentuk sokongan adalah amat-amat diperlukan- sokongan moral, sosial dan emosional. Kebanyakan NGO yang berada di Semenanjung Gaza terlibat membantu mangsa di Rafah, jadi mereka boleh menerima semua sumbangan luar untuk disalurkan terus kepada penduduk Palestin di Rafah.

Program Kesihatan Mental Komuniti Gaza (GCMHP) adalah salah satu NGO yang terlibat membantu mangsa di tempat krisis tersebut. Anda boleh menghubungi GCMHP, email: amal@gcmhp atau lawati laman web islamonline.net di http://www.islamonline.net/Arabic/In_Depth/RafahIncursion/index.shtml

Soalan: Pada fikiran anda, adakah masih boleh diubati trauma psikologi yang dialami oleh kanak-kanak di Rafah apabila melihat rumah mereka dimusnahkan didepan mata sendiri?

Jawapan:

Rumah dalam masyarakat Palestine bermakna keselamatan dan keamanan. Kehilangan rumah bermakna kehilangan kedua-dua unsur ini yang merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tambahan lagi, tanah dan rumah adalah sumber identiti kepada masyarakat palestin yang telah melalui pengalaman yang sama sejak lebih daripada 50 tahun lalu. Generasi Palestin yang telah dihalau keluar daripada rumah dan tanahair mereka pada tahun 1948, masih lagi menyimpan kunci rumah tersebut sejak mereka meninggalkannya 50 tahun lampau. Mereka juga masih menyimpan dokumen-dokumen yang membuktikan bahawa tanah tersebut adalah hakmilik mereka. Datuk nenek mereka masih mengajar anak-anak generasi kini bahawa kehilangan tersebut adalah suatu bentuk kehilangan yang amat bersar bagi mereka dan generasi mereka. Ini bermakna bahawa kehilangan tanah dan rumah tidak dapat dirawat dan ini akan mengundang kepada kesan psikologi yang lebih banyak. Walaubagaimanapun, semangat untk terus hidup masih ada kepada setiap daripada penduduk Palestin. Semangat inilah yang memberi mereka harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Soalan: Anda telah membuat banyak kajian terhadap penderitaan yang dihadapi oleh tahanan-tahanan Israel yang diseksa. Bolehkah anda memberi sedikit penerangan mengenai kesan sosial dan psikologi mereka?

Jawapan:

Kajian-kajian yang dibuat terhadap tahanan palestin di penjara Israel telah membuktikan bahawa kebanyakan bekas tahanan ini menderita pelbagai masalah psiko-sosial seperti; tekanan trauma yang tidak terkawal, tekanan perasaan serta kebimbangan yang teruk.

Kesemua kesan-kesan ini adalah akibat daripada teknik penyeksaan yang digunakan Israel. Antara tekniknya, ialah secara psikologi iaitu dengan cara memusnahkan kepercayaan para tahanan semasa tahanan dan juga antara tahanan dan keluarganya. Untuk mencapai maksud ini, para penyiasat Israel akan menggunakan tahanan Palestine lain yang sudah tidak tahan menerima penyeksaan yang kemudiaannya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak penyiasat. Mereka akan dimasukkan sekali dalam satu sel dengan tahanan lain yang masih lagi mampu bertahan dan mempunyai moral yang tinggi daripada membocorkan segala maklumat kepada para penyiasat Israel. Mereka akan cuba berbual dan bertanya khabar serta mencungkil segala maklumat kepada tahanan tersebut termasuklah aktiviti mereka, organisasi diluar dan sebaginya.

Mereka yang terlibat dengan aktiviti anti-Israel akan ditahan hanya berdasarkan maklumat yang disampaikan itu. Ketidakpercayaan sesama tahanan telah mewujudkan masalah psikologi dan paranoia kepada mereka.

Bekas tahanan ini juga menghadapai masalah apabila pulang ke pangkuan keluarga. Kebanyakannya adalah mereka yang terlalu lama merengkok dalam penjara (10-15tahun). Apabila pulang, mereka sukar untuk berinteraksi dengan anak-anak yang kini telah menjadi remaja. Poses tumbesaran anak-anak tidak didapat dibayangkan dalam pemikiran mereka. Oleh sebab itu mereka agak sukar untuk berinteraksi dengan anak-anak secara semulajadi.

Soalan: Didalam suratkhabar, telah diceritakan yang Israel telah membantu dalam menyeksa tahanan di Penjara Abu Gharib, Iraq. Sebagai seorang yang telah membuat kajian empirikal terhadap teknik penyeksaan Israel, adakah anda secara peribadi menyetujui bahawa bantuan Israel ini adalah benar ?

Jawapan:

Israel adalah pelopor dalam bidang ini diseluruh dunia. Tiada keraguan bahawa Israel terlibat dalam hal ini kerana kebanyakan teknik yang digunakan di Abu Gharib adalah dicipta di Penjara Israel dan telah dipraktikkan terhadap tahanan Palestin. Antaranya seperti penyeksaan disaksikan oleh tahanan lain, penyeksaan secara seksual, menyiarkan tentang penyeksaan ini dll.

Dalam pada itu, hanya Israel salah satu negara di dunia ini yang undang-undangnya membenarkan penggunaan bentuk penyeksaan kepada tahanan seperti di Palestine. Israel juga terlibat dalam penyeksaan tahanan Chile dan Afrika Selatan dan mungkin juga negara-negara lain didunia ini.

Soalan: Bagaimanakah keadaan kehidupan di Rafah?

Jawapan:

Kehidupan di Rafah adalah bagai mimpi yang menakutkan. Saya berada di sana kelmarin untuk membantu. Kami mendapati mereka seboleh-bolehnya cuba lari daripada realiti. Ada antaranya sedang berusaha mencari ahli keluarga dan orang tersayang yang masih hilang. Suasana sedih juga menyelubungi keluarga yang terkorban. Secara umum, keadaan di Rafah adalah malapetaka (catastrophic). Sesiapa yang pernah melawat Rafah sebelum ini pasti saudah tidak dapat mengenal lagi tempat-tempat atau rumah disitu.

Soalan: Dalam keadaan manakah pelarian Palestin ini berbeza dengan pelarian di tempat lain-lain ? Kami melihat sesetengah pelarian lain tidak menentang dan berkorban. Mereka hanya menyerahkan kepada nasib semata-mata. Adakah mereka ini secara mentalitinya berbeza dengan pelarian Israel atau adakah situasinya sahaja berbeza?

Jawapan:

Dari segi pengalaman, masyarakat Palestin adalah unik. Mereka telah dihalau daripada tanahair dan rumah mereka. Mereka kini hanya tinggal ditempat yang hanya dikenali sebagai “kem pelarian”. Trauma bagi penghuni kem pelarian ini adalah salah satu unsur kehidupan. Lebih daripada itu, kehidupan mereka di Semenanjung Gaza adalah sama dengan kehidupan dalam penjara. Disini tidak bebas bergerak, ambulan tidak dapat sampai ke hospital, pesakit kemungkinan hanya menunggu kematian dalam van-van ambulan di pos-pos kawalan Israel, para pelajar dihalang mendekati sekolah, pekerja perubatan dihalang melakukan kerja mereka dan keluarga tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga yang lain. Dan disana, kereta-kereta perisai dan jentolak Israel menceroboh semua tempat di Semenanjung Gaza dengan memusnahkan ladang-ladang, rumah serta membunuh manusia. Apakah yang kamu fikir penduduk Palestine perlu lakukan?

Soalan: Apakah yang cuba dilakukan oleh organisasi di Rafah?

Jawapan:

Organisasi saya bekerja dalam dua peringkat yang berbeza di Rafah; Pertamanya, pencegahan iaitu membantu mereka-mereka yang traumatik dengan matlamat untuk memberikan kekuatan psikologi. Pengalaman kami yang lepas membuktikan bahawa bantuan yang diberikan sebaik sahaja mengalami pengalaman ngeri dan trauma ini lebih membantu mereka untuk berkemampuan menghadapi keadaan sebenar. Proses ini melibatkan kanak-kanak dan remaja dan perundingan dilakukan sama ada secara perseorangan atau individu.

Peringkat kedua; ialah therapeutic iaitu merujuk mereka yang memerlukan perhatian intensif kepada pusat kesihatan komuniti mental kami. Perhatian lebih diberikan kepada para wanita dimana kami mengadakan program kepada mereka untuk memberi mereka kekuatan menghadapi situasi trauma ini.

Soalan: Bolehkah anda memberikan jumlah mangsa yang terlibat dan terkesan daripada serangan Israel di Rafah?

Jawapan:

Semasa serangan lepas, 150 buah rumah telah dimusnahkan dan memaksa 330 keluarga kehilangan tempat tinggal. Mereka terdiri daripada 1500 orang. Dalam pada itu, 62 penduduk terbunuh. 50% daripada jumlah ini adalah remaja dibawah umur 18 tahun. Dan 270 penduduk lain cedera parah. Serangan ini memberi kejutan yang besar kepada mereka yang terlibat serta mereka yang masih berada di Rafah. Ini kerana regim Israel masih berada disana dan mereka telah mengisytiharkan bahawa Rafah adalah laluan penyeludupan senjata dari Mesir ke Semenanjung Gaza. Ini bermakna, lebih banyak rumah berkemungkinan akan dirobohkan dan lebih banyak mangsa akan terlibat. Sebahagian penduduk disini telah mula meninggalkan rumah mereka untuk menyelamatkan diri.

Soalan: Apakah peranan Pihak Berkuasa Palestin dalam peristiwa ini?

Jawapan:

Seperti yang anda tahu, satu kementerian yang dikenali sebagai Kementerian pemenjaraan dan bekas tahanan sedang bekerja membantu tahanan dan keluarga mereka dengan menamakan peguam-peguam yang akan membela mereka semasa dalam penjara dan mengadakan program pemulihan untuk membantu memulihkan tahanan selepas dibebaskan.

Soalan: Saya adalah seorang ibu penduduk Palestin. Masalah saya ialah penyakit kencing malam yang dialami oleh anak-anak saya. Salah seorang daripada anak-anak saya sudah pun mencapai usia 12 tahun, manakala yang seorang lagi berumur 3 tahun, juga menghadapi masalah yang sama. Selain itu, saya juga mengharapkan pandangan anda untuk menyelesaikan masalah ‘ketakutan malam’ yang dihadapi oleh anak perempuan saya berumur 5 tahun.

Jawapan:

Ini adalah tindakbalas normal terhadap situasi yang tidak normal ini. Kebanyakan kana-kanak akan memberi tindakbalas terhadap trauma atau pengalaman buruk ini dengan menunjukkan simpton-simpton seperti diatas. Puan boleh menghubungi kami.

Soalan: Berapa lamakah diperlukan oleh penduduk Rafah untuk mengubati trauma mereka, dan apakah yang dapat menghilangkan kesakitan ini?

Jawapan:

Trauma di Palestin adalah berterusan. Dan seperti yang saya katakan, semua orang yang tinggal di Rafah menjangkakan pusingan baru serangan Israel ini akan dilancarkan. Perasaan trauma di Palestine hanya dapat dirawat sekiranya tentera Israel keluar daipada tanah Palestine dan kemananan dapat dikembalikan. Tanpa ini, penderitaan akan berterusan dan lebih ramai orang akan menjadi mangsa.

Sumber : massej.info

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.