Bayi Palestin cedera akibat tembakan Zionis.

Gaza – Seorang bayi Palestin berumur sembilan bulan tercedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh pihak Zionis terhadap rumah-rumah kediaman di kawasan perumahan Brazil di Rafah; yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Tentera Zionis yang ditempatkan di depan kawasan perumahan berdekatan dengan sempadan Mesir itu telah melepaskan tembakan ‘machinegun’ bertalu-talu ke atas rumah-rumah orang awam.
Sumber perubatan di bandar menyatakan bahawa bayi berumur sembilan bulan tersebut, Malak Hani Jabr telah terkena peluru di kaki kanannya ketika berada di dalam rumahnya di kawasan perumahan Brazil tersebut.

Mereka menambah bahawa pertolongan kecemasan telah diberikan kepada bayi tersebut dan keadaan nya disifatkan sebagai sederhana.

Hakcipta 2003 oleh palestine-info.co.uk

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.