Rakyat Palestin Tolak Penyerahan Tembok Barraq

COMES: Nablus ? Kenyataan Yaser Arafat yang akan menyerahkan tembok al Barraq di masjid al Aqsha mendapat reaksi keras. Para pemimpin Palestin di dalam dan luar negeri menolak keras penyerahan bagian bersejarah dari masjid itu kepada Israel.

Dalam kenyataan yang diterima islamonline, Sabtu (19/06) mereka menyatakan bahawa masjid al Aqsha bukan milik seseorang individu atau suatu kumpulan yang boleh diserahkan kepada pihak lain sesenangnya. Tanah Palestin, termasuk al Aqsha adalah wakaf Islam yang tidak boleh diserahkan sesuka hati.

Kenyataan itu merupakan reaksi daripada kenyataan Yaser Arafat. Beliau yang akan menyerahkan tembok al Barraq yang termasuk dalam lingkup al Aqsha.

Syaikh Kamal al Khatim menentang keras kenyataan tersebut. Beliau mengatakan, masjid al Aqsha dan halamannya dan termasuk tembok-temboknya bukan milik Arafat. Bukan pula milik orang sebelumnya atau orang yang akan datang. Mereka semua tidak mempunyai hak untuk melakukan yahudisasi sedikitpun dari tanah masjid al Aqsha.

Beliau menegaskan,”Arafat boleh menyerahkan apa yang dimiliki tapi jangan memberikan sesuatu yang bukan miliknya. Al Aqsha bukan milik sesiapa. Baik Arafat, Palestin atau orang Arab.”

Kamal menasihati agar Arafat tidak menghabiskan usianya untuk menunjukkan sikap yang demikian. Ia menegaskan kembali, “Kami tegaskan sejuta kali bahwa tembok sebelah barat (tembok al Barraq) yang disebut Israel sebagai al Mabka (tembok ratapan) adalah bagian yang tidak terpisah dari al Aqsha yang merupakan milik umat Islam dari tanahnya, udaranya dan selain daripada umat Islam, mereka tidak memiliki hak di dalamnya.

Hal yang sama disampaikan oleh juru bicara muda Hamas, Sami Abu Zuhri. Ia menegaskan kembali bahawa tidak seorang pun boleh menyerahkan sejengkal tanah dari masjid al Aqsha yang merupakan tempat isra’ Rasulullah saw., kiblat pertama umat Islam dan ketiga dari masjid haram syarif.

Hal ini juga dipersetujui oleh pimpinan politik Jihad Islami, Khalid al Baths dan membacakan ayat dari surat al Isra’.

Beliau menambah lagi, sikap yang sesuai dengan syariat ini menjadi pijakan Dewan Antarabangsa yang dibentuk tahun 1930, sesudah revolusi al Barraq dan dinyatakan bahawa tembok tersebut adalah Arab Muslim dan bukan Yahudi atau Kristian. Baths menilai kenyataan Arafat sangat merbahaya dan merupakan kemunduran.

Beliau meminta kepada Arafat untuk menarik kembali kenyataan itu sebagai menjaga sensiviti umat Islam di seluruh dunia.

Menurut Kamal Khatib, kenyataan Arafat adalah kerana tekanan antarabangsa dan Arab. Sementara menurut Baths, sikap Arafat ini sesuai dengan sikap Amerika yang tidak berbeza dengan istilah presiden Bush. (ATB)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.