Ikrimah Shabri: Nama Tembok al Barraq Bukan Tembok Mabkaa (ratapan)


COMES: Mufti Palestin, Ikrimah Shabri menegaskan bahawa tembok al Barraq adalah sebahagian dari masjid al Aqsha dan dilarang memberi nama ?haith al Mabkaa? (tembok ratapan) seperti mana digelarkan oleh Yahudi.


Yayasan al Aqsha untuk Pemakmuran Tempat-tempat Suci Umat Islam juga kembali menegaskan (sebagai komentar lanjutan dari kenyataan Ikrimah Shabri) bahawa kaum Muslimin tidak mengakui Yahudi mempunyai hak milik terhadap tembok al Barrak (arti secara harfiah: yang sangat cepat seperti kilat). Lebih-lebih lagi, tidak ada hubungan antara tembok itu dengan sejarah Yahudi.

Sebelumnya Ikrimah Shabri menyatakan bahawa tembok al Barraq adalah sebahagian dari masjid al Aqsha dan dilarang menyebutkanya ?haith al Mabkaa? (tembok ratapan) seperti Yahudi menyebutnya. Umat Islam harus terus dan konsisten dengan penamaan secara syariat Islam, yaitu: ?haith al barraq?

Yayasan al Quds juga mengingatkan fatwa mufti Mesir dahulu Nasr Farid Wasil yang menegaskan bahwa ?tembok di bahagian barat di masjid al Aqsha adalah milik kaum Muslimin. Dan tembok al Barraq adalah sebahagian dari tembok-tembok barat masjid al Aqsha. Tembok al Barraq adalah khusus milik kaum muslimin di penjuru dunia hingga Allah mewarisi bumi dan isinya.?

Berkaitan dengan hak untuk kembali yang disebutkan oleh Presiden Arafat yang mengandungi pengukuhan atas kehilangan hak tersebut dan tuntutan kembalinya 200.000 pelarian Palestin saja di kem pelarian Lebanon, Kamal Khatib sebelumnya membalas bahawa kenyataan tersebut adalah mengenepikan hak yang diakui secara sah oleh syariat samawi dan undang-undang antarabangsa.

Bukan Arafat atau yang lainnya memiliki hak untuk menarik hak ini dari pelarian Palestin. Ia menegaskan, jika Presiden Yaser Arafat telah letih melakukan perundingan damai maka Arafat dinasihati untuk duduk rehat dan melepaskan peranan itu kepada generasi selepasnya untuk meneruskan peranan merebut hak mereka yang hilang. (ATB)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.