HAMAS : Pendidikan Lebih Utama

Isnin, 05/09/2005 – Hamas mengesahkan bahawa proses pendidikan di kawasan Palestin mesti dikekalkan dan dibangunkan yang bakal menjadi kayu ukur kepada pekembangan negara dan tamadun.

“Kami di hamas percaya bahawa pencapaian yang sedia ada termasuk penarikan diri penduduk
penjajah Israel berlaku kerana usaha berterusan semua pihak mendidik dan membentuk generasi
baru untuk mencintai tanahair mereka dan ini hasil usaha semua tenaga pengajar di seluruh
Palestin.” Menurut kenyataan yang dihantar ke Palestinian Islamic Center dan akhbar Hamas.

“Kami berharap untuk menyaksikan sekolah yang lebih baik setelah penarikan diri Israel dari semenanjung Gaza dan kemudahan untuk keluar masuk para pelajar dari sekolah mereka.
Kami menghormati semua pelajar kerana semnagat dan jasa mereka menghalau penjajah dari tanah
semenanjung Gaza dan kami menyeru mereka untuk menghormati guru dan belajar dengan tekun.”
Ia menambah.

Hamas mahukan kerajaan Palestin untuk menambah lebih banyak bantuan untuk sektor pendidikan
bagi membaiki sekolah-sekolah yang lama dan membina sekolah yang baru dan menerapkan
kokurikulum yang sesuai dengan kehendak dan isu semasa.

Sementara itu, Hamas telah menganjurkan satu perayaan besar-besaran untuk
menghormati dan meraikan pelajar-pelajar di kampung Dura al-Qari, utara Ramallah
di tebing barat, menyeru mereka untuk terus istiqomah dalam penentangan mereka, sehinggalah
kerajaan Palestin telah terbentuk di seluruh tanah Palestin dan Jerusalam sebagai ibu negara
mereka.