Rafah : Remaja Palestin terbunuh

Rabu, 14/09/2005 – Penduduk tempatan di Rafah, iaitu bandar di bahagian paling selatan Semenanjung Gaza, mengatakan bahawa seorang remaja Palestin telah dibunuh dan seorang lagi cedera akibat tembakan orang Mesir di kawasan sempadan bersama dengan Rafah.

Namun, seorang pegawai atasan Mesir menafikan sebarang kaitan antara negaranya dengan
insiden tersebut. Saksi-saksi tersebut mengatakan bahawa polis pengawal sempadan Mesir, yang ditugaskan di sepanjang sempadan
bersama itu telah menembak sekumpulan remaja yang sedang cuba memasuki kawasan negara Mesir.
Menurut sumber perubatan di Rafah, Nafez Attiya, 24, telah pun meninggal dunia ketika sampai di hospital manakala seorang lagi remaja mengalami kecederaan yang sederhana parah.

Walaubagaimanapun, jurucakap bagi presiden Mesir menegaskan bahawa askar-askar negaranya hanya menembak ke udara bertujuan untuk meleraikan remaja-remaja tersebut. Dia juga menambah bahawa
terdapat ramai orang Palestin yang menembak ke udara tanda gembira berikutan penarikan Israel, dan hal ini mungkin menyebabkan kematian remaja tersebut secara tidak sengaja

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.