Askar Israel terbunuh di Gaza

Sekurang-kurangnya seorang askar Israel terbunuh dan 6 lagi cedera dalam satu pertempuran di kem Israel di Gaza.


Pihak Hamas mengakui bertanggungjawab atas
kejadian tersebut.

Brigade Martyrs al-Aqsa turut mengakui bertanggungjawab dan satu kenyataan mengatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap serangan Israel ke atas pemimpun Hamas, Syeikh Ahmad Yasin dan Abd Aziz al-Rantisi dan seorang lagi pemimpin yg terbunuh Sabtu lepas (26/06/2004).

Rakyat Palestin terbunuh

2 orang Palestin dibunuh oleh askar Israel
sebaik sahaja pengkalan tentera di letupkan
Ahad lalu.

Mereka terbunuh di bandar Khan Younis.

Awal Isnin, helikopter Israel melepaskan 10 peluru berpandu ke arah kedai besi di bandar Gaza dan menyebabkan kemusnahan yang teruk tetapi tidak ada kecedaraan.

Israel mendakawa bengkel besi itu digunakan oleh Hamas dan kumpulan militan lain untuk membuat senjata termasuk roket buatan sendiri.