Rakyat Palestin berpesta atas pengunduran Israel

Rabu, 14/09/2005 – Rakyat Palestin merayakan kemenangan mendapatkan semula bandar Gaza yang sekian lama dijajah oleh rejim Zionis.


Sepanjang hari mereke menjelajah bekas tinggalan penempatan Israel. Berjalan bebas di atas jalan yang selama ini di sekat. Tua muda, anak kecil semua berjalan bebas menyaksikan kebebasan di Gaza.

Di bandar Nezarim, hampir kesemua kemudahan di bandar tersebut di musnahkan oleh rejim Zionis sebelum berundur. Pokok di cabut, talian elektrik dipotong. Ada kanak2 yang mengambil mainan tinggalan Israel sambil bergembira.

“Akhirnya kami dapat bermain dengan bebas tanpa sebarang tembakan ke arah kami”, Abdullah Yunis , 14 tahun. “Saya merasa sangat gembira. Teramat gembira sekali”, Omar Budran, 26 tahun yang kudung kakinya akibat tembakan helikopter rejim Zionis 2 tahun lalu.

“Tiada siapa boleh menghalang mereka bergembira sekarang”, jelas seorang pegawai keselamatan Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.