Remaja Israel menceroboh penempatan Sanur

Khamis, 15/09/2005 – Lebih kurang 50 remaja Israel menceroboh penempatan
Sanur yang telah dikosongkan di utara Tebing Barat, sumber polis memberitahu.

“40 hingga 50 remaja memecah masuk ke dalam sektor Sanur, jika askar tidak mampu menyekat mereka, biar kami lakukan”, ujar seorang polis
kepada wartawan semalam.

Mereka yang menentang pengunduran tersebut menceroboh menguasai bumbung pondok polis British. Ini merupakan pencerobohan pertama sejak pengunduran Israel daripada Gaza. Kawasan Sabur ini telah di kosongkan pada 23/08/2005 yang lalu.

Israel menamatkan operasi pengunduran daripada Jalur Gaza dan empat penempatan di Tebing Barat minggu lalu.

Ini telah menamatkan penjajahan selama 38 tahun.