20 orang Palestin cedera dalam pertempuran di Silwan.

Selasa, 29/06/2010 –Seramai 20 orang penduduk Palestin cedera pada pagi Ahad lepas ketika bertempur dengan anggota polis rejim Zionis yang menceroboh kawasan kejiranan Silwan yang terletak di Timur Jerusalem, kata sumber Palestin. Sumber itu turut melaporkan bahawa berdozen-dozen tentera rejim Zionis (IOF) dan unit pengawal sempadan menceroboh kawasan kejiranan itu bagi membantu pendatang-pendatang haram Yahudi. Mereka melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang awam dan melepaskan bom pemedih mata sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang cedera. Tidak lama kemudian, lebih banyak kecederaan dilaporkan selepas IOF melepaskan tembakan peluru getah ke arah penduduk tempatan sementara berpuluh-puluh orang lagi menderita kerana tersedut gas pemedih mata yang dilepaskan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa