Indonesia Kerjasama Dengan Israel ?

Khamis, 15/09/2005 – Menteri Luar Israel, Silvan Shalom secara rahsia berjumpa dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Hassan Wirayuda di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor radio tentera Israel, semalam.


Shalom yang enggan mengesahkan atau menafikan pertemuan itu memberitahu stesen radio terbabit yang beliau tidak boleh membincangkan perkara berkenaan.

Indonesia yang hampir 90 peratus daripada 214 juta penduduknya adalah masyarakat Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang menyokong rakyat Palestin.

Wirayuda awal bulan ini menekankan Jakarta tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel tanpa adanya perjanjian damai antara Israel dan Palestin.

Tetapi laporan berkenaan turut menjadi petanda Israel berharap untuk mengadakan hubungan diplomatik di kalangan dunia Islam selepas pertemuan Shalom dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, Khurshid Kasuri, berikutan penarikan mereka dari Tebing Gaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.