Firma satelit memotong siaran-siaran TV Hamas ke Eropah

Rabu, 30/06/2010 –Sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Gaza, telah dituduh menghasut/mengapi-apikan kebencian terhadap orang Yahudi dan Israel, lalu siarannya ke Eropah dimatikan, firma satelit Eutelsat berkata pada hari Jumaat.

Eutelsat yang berpangkalan di Paris berkata bahawa pelanggannya Noorsat, pengendali yang mengurus penyiaran TV Al-Aqsa untuk/ke bahagian-bahagian Eropah dan seluruh/serata Timur Tengah, telah memotong isyarat satelit pada hari Khamis.

Memberikan reaksi terhadap langkah itu/tersebut, pengarah Al-Aqsa Hazem al-Charawi mengatakan: “Pertarungan guaman baru sahaja dimulakan dan kami bertekad untuk mengejarkannya/meneruskannya.” Dia memberitahu sebuah sidang berita di Bandar Gaza pada lewat hari Khamis bahawa penutupan siarannya ke Eropah sebanding “ satu lagi lapisan sekatan Gaza yang dikenakan oleh lobi Zionis dengan bantuan Perancis.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  yusra