Seorang syahid dan 18 cedera di Hebron

Hebron , Jumaat, 16/09/2005 – Seorang pemuda Palestin syahid dan enam yang lain mengalami kecederaan akibat serangan pasukan Zionis-Israel di Tafuh Jenin tengan. Zionis-Israel ketika itu sedang menyerang rakyat dan rumah milik rakyat Palestin.

Sumber-sumber dari hospital di Hebron menyatakan, Walid Sulaiman Athiyat (19) dari Tafuh meninggal syahid kerana mengalami kecederaan yang kritikal akibat serangan Zionis-Israel. Manakala mereka yang cedera, kini sedang di rawat.

Di Betlehia, 12 pemuda Palestin dilaporkan cedera apabila bom yang dipasang oleh rakyat Israel meletup. Bom itu disyaki dipasang dan ditinggalkan oleh Zionis-Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.