Siasatan Penyelewengan Ke Atas Duta-duta PA Gaza

Jumaat, 16/09/2005 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) melalui Kementerian Luar Negerinya telah membuka sisatan ke atas beberapa kes penyelewengan yang didakwa berlaku di kalangan duta-duta dan pegawai diplomatik yang berada di luar negara.

Akhbar Al-Quds al-Arabi mendedahkan bahawa fail-fail kes penyelewengan yang melibatkan sebilangan kedutaan PA yang berada di luar Palestin
sedang diaudit bagi mengesan penyelewengan sebagaimana yang didakwa.

Walaubagaimanapun, tiada dakwaan rasmi dibuat terhadap mana-mana duta atau pegawai diplomatik sehingga kini. Nasser al-Qudwa selaku Menteri Luar PA, menamatkan perkhidmatan beberapa orang kedutaan PA yang telah tamat tempoh perkhidmatannya namun masih lagi bertugas di luar negara serta memindahkan beberapa lagi ke lokasi yang lain.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.