Serang Masjid Aqsa !!

Jumaat, 16/09/2005 – Bekas jurucakap penempatan haram Yahudi di Tebing Gaza, yang terpaksa berundur awal bulan ini, pada hari Selasa, menyeru agar masjid diserang selepas rakyat Palestin membakar kuil Yahudi di penempatan mereka dahulu.

Pihak akhbar Hebrew menyiarkan kenyataan pendeta Yahudi bahawa perbuatan membakar kuil mereka
jelas menunjukkan persengketaan antara Yahudi Israel dan Palestin bukan atas sebab politik tapi agama.

Akhbar Hebrew juga memberi amaran fanatik Yahudi berkemungkinan akan menyerang kawasan suci dan
Masjid Al-Aqsa sebagai membalas dendam.

Kerajaan Haram Israel telah mengundi dan membantah perbuatan tersebut tetapi mahkamah telah membenarkan perbuatan itu, atas hujah Yahudi tidak akan memusnahkan kuil mereka tetapi pihak
berkuasa Palestin berhak berbuat demikian.
Pergerakan Islam mengecam taktik kotor Yahudi Israel yang sengaja tidak merobohkan kuil-kuil
mereka selepas pengunduran mereka dari Gaza agar yang merobohkan kemudiannya ialah pihak Palestin
dan kerajaan haram Israel boleh menggunakan isu ini sebagai kononnya pihak Palestin menindas orang
Yahudi Israel.

Taktik kotor ini menjelaskan untuk mengaburi mata orang ramai di mana Ariel Sharon cuba menarik
undi untuk memenangi pilihanraya Likud, dan di arena antarabangsa untuk mendakwa kononnya Israel adalah mangsa penindasan Arab.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.