20% Rakyat Palestin Pernah Dipenjara

Isnin, 19/09/2005 – Satu laporan bulanan yang dikeluarkan oleh kementerian tawanan dan pembebasan Palestin telah mengeluarkan statistik bahawa seramai 20% rakyat Palestin pernah ditangkap. Semenjak 1967, dianggarkan seramai 650,000 rakyat Palestin dipenjara.

Sehingga kini, seramai 8600 rakyat Palestin masih menjadi tawanan Zionis-Israel. Seramai 850 rakyat Palestin ditangkap sebelum meletusnya infadah al-Aqsa. Dianggarkan seramai 400 dari jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditangkap terdiri daripada kaum wanita. Dalam pada itu, dilaporkan seramai 1000 rakyat Palestin yang berda dalam tahanan menderita penyakit kronik. Mereka ini diabaikan hak untuk mendapat rawatan.

Zionis-Israel merupakan satu-satunya negara yang membernarkan penyiksaan dilakukan terhadap tawanan. Dilaporkan seramai 181 rakyat Palestin telah syahid akibat disiksa teruk oleh rejim Zionis-Israel. Yang terbaru ialah al-Syahid jawad Adil Abu Mughaishab berusia 18 tahun.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.