Senjata Pemusnah Besar-Besaran Israel

Israel dipercayai merupakan negara ke-6 didunia dan yang pertama di Timur Tengah yang telah membangun dan mempunyai senjata nuklear.

Walaubagaimanapun, para penganalisis percaya bahawa Israel mempunyai kira-kira 100-200 kepala senjata nuklear. Israel juga dipercayai mempunyai bekalan bahan untuk senjata kimia dan program senjata biologi yang aktif yang mampu membangunkan beberapa agen senjata pemusnah.

Israel mengikut satu policy yang dipanggil ‘kekaburan nuklear’ (nuclear opacity) –bermakna seolah-olah mempunyai senjata nuklear tetapi pada masa yang sama menafikan kewujudannya.

BOM ISRAEL: SEJARAH

Rancangan untuk membangunkan program kajian senjata nuklear telah dibuat setahun setelah terbinanya negara haram Israel pada tahun 1948. Memandangkan kedudukannya yang agak terancam ditengah-tengah jirannya yang bermusuh, bom merupakan sesuatu yang penting untuk keselamatannya.

Dalam tahun 1949, saintisnya telah meneroka padang pasir Negev untuk mencari uranium gred-rendah berdekatan Beersheba. Dalam masa yang sama, para pelajar telah dihantar ke luar negara untuk mempelajari kejuruteraan dan fizik atas tajaan kerajaan Israel.

Jawantankuasa Tenaga Atom Israel (IAEC) telah ditubuhkan secara rahsia pada tahun 1952 dan diletakkan dibawah seliaan Menteri Pertahanan.

Perancis telah memberi bantuan kepada Israel untuk membina reaktor kajian nuklear yang pertama di Dimona, berdekatan Padang Pasir Negev. Namun kemudiannya kerjasama antara 2 negara ini mula timbul masalah apabila Perancis menekan Israel supaya mengumumkan projek ini dan menerima pemeriksa antarabangsa ditapak projek tersebut. Selepas Perancis menarik diri pada awal 1960-an, Israel telah mengoperasikan projek ini secara bersendirian. (Namun ada pendapat yang mengatakan bahawa kerjasama Perancis-Israel ini masih diteruskan secara rahsia)

Untuk menghadapi masalah kekurangan uranium, Israel telah membuat kerjasama dengan Afrika Selatan yang berlangsung sepanjang tahun 1970-an hingga 1980-an. Melalui kerjasama ini Israel akan berkongsi teknologi dan kepakaran untuk membuat “Bom Apartheid”, manakala Afrika Selatan pula akan membekalkan uranium kepada reaktor Israel.

Satu letupan nuklear di Selatan lautan Hindi pada tahun 1979 telah dipercayai sebagai satu ujian oleh kerjasama Afrika Selatan-Israel.

Israel juga memeperolehi uranium oxide, yang dikenalo ‘kek kuning’ daripada Jerman Barat dan mungkin juga daripada Portugal.

Amerika Syarikat pula daripada awal lagi telah terlibat dalam program nuklear Israel dengan melatih saintis-saintis Israel dan membekalkan teknologi termasuk satu reaktor kajian dibawah program “Atom untuk Keamanan” pada tahun 1955.

Amerika Syarikat mula tahu akan kewujudan reaktor di Dimona selepas kapalterbang pengintip U-2 merakamkan pembinaannya pada tahun 1958. Israel pada mulanya mendakwa bahawa itu adalah kilang pakaian; namun 2 tahun kemudian perisikan US telah mengenalpasti bahawa kawasan tersebut adalah satu reaktor nuklear. CIA mula menyuarakan kebimbangan bahawa ia adalah sebahagian daripada program senjata pemusnah.

Pada bulan December 1960, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion telah memberitahu parlimen Israel bahawa reaktor nuklear sedang dibangunkan hanya untuk “tujuan keamanan”.

Setelah enggan untuk membenarkan pemeriksaan antarabangsa, Israel akhirnya mengambil komitmen dengan US untuk menggunakan reaktor tersebut untuk tujuan keamanan dan kemudian membenarkan masuk kumpulan pemeriksa. Pemeriksaan ini bermula pada tahun 1962 dan berterusan

sehingga 1969. Namun para pemeriksa melaporkan bahawa mereka gagal mendapatkan sebarang bukti program senjata.

Namun, secara faktanya, sekarang barulah diketahui bahawa mereka (para pemeriksa) hanya melihat elemen-elemen atas tanah di kompleks Dimona. Struktur-struktur bawah tanah telah disembunyikan semasa pemeriksaan tersebut.

Pada awal tahun 1968, Carl Duckett, Pengarah CIA bagi sains dan teknologi telah menyimpulkan bahawa Israel memang mempunyai senjata nuklear. Beliau mengumumkan demikian dalam testimoni yang diberikan kepada Jawatankuasa Undang-undang Nuklear. Duckett berkata bahawa penilaiannya itu dibuat berdasarkan perbualannya dengan Edward Teller, pelopor kepada bom hidrogen yang telah melawat Israel beberapa kali dan menyokong program nuklearnya.

Dalam tahun 1969, Presiden Nixon membuat satu perjanjian dengan Perdana Menteri Israel Golda Meir: Amerika Syarikat akan memberhentikan pemeriksaannya dan membutakan mata terhadap program senjata nuklear Israel sekiranya Israel tidak mengumumkannya serta tidak melakukan ujian senjata secara terbuka.

AKHIRNYA TERBUKTI: PENDEDAHAN VANUNU

Program nuklear Israel yang canggih itu telah didedahkan buat pertama kalinya pada tahun 1986 oleh saintis Israel, Mordechai Vanunu. Juruteknik yang telah dibuang daripada Dimona itu telah berjaya menyorok keluar gambar-gambar serta data saintifik berkenaan kompleks tersebut daripada Israel. Sejarahnya telah diterbitkan oleh London Sunday Times.

Daripada data tersebut, satu kesimpulan dapat dibuat bahawa Israel telah mengeluarkan plutonium yang cukup untuk 100-200 peralatan nuklear semenjak dimulakan pada tahun 1964 dengan mengambilkira bahawa kapasiti reaktor di Dimona tersebut telah ditingkatkan dan Israel boleh mengeluarkan 10-12 bom nuklear setahun.

Vanunu juga telah mendedahkan bahwa satu sistem telah digunapakai untuk menyembunyikan kerja-kerja pengeluaran senjata tersebut daripada pemeriksa Amerika Syarikat: Satu dinding yang ‘tersilap’ bina telah didirikan untuk menyembunyikan lif yang boleh sampai hingga ke tingkat enam (6) di bawah tanah kompleks tersebut dimana plutonium telah dihasilkan dan bahagian-bahagian bom dikeluarkan.

Tak berapa lama setelah artikel ini diterbitkan, seorang agen perempuan daripada perkhidmatan perisikan Israel telah menyamar dan menggoda Vanunu serta membawanya dari London ke Rom. Beliau telah diracun, diculik dan dibawa balik ke Israel dan didakwa sebagai pengkhianat oleh mahkhamah keselamatan rahsia. Beliau dijatuhka penjara selama 18 tahun. Vanunu telah dibebaskan pada 21 April 2004 setelah melalui keseluruhan penjara 18 tahun tersebut. Laporan menyebut bahawa Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon telah mengarahkan Vanunu dikenakan tahanan terhad untuk menyekatkan daripada bebas bergerak.

Perkembangan terkini Vanunu boleh diikuti dalam laman web: http://www.vanunu.freeserve.co.uk

PUSAT PENGELUARAN SENJATA PEMUSNAH ISRAEL

Menurut John Steinbach dalam artikelnya bertajuk “senjata pemusnah Israel: satu ancaman kepada keamanan” beliau menyatakan bahawa “Pusat pengeluaran senjata pemusnah Israel adalah amat jelas lebih besar daripada potensi atau keadaan sebenar yang dimiliki oleh keseluruhan negara-negara Timur Tengah dan ia amat besar melebihi keperluan untuk perlindungan”

NUKLEAR

Dianggarkan Israel mempunyai 100-200 ‘nuclear warhead’. Sesetengahnya percaya ia juga terdiri daripada senjata ‘thermonuclear’.

Program senjata nuklear Israel berada di Pusat Kajian Nuklear Negev, diluar bandar Dimona. Di Dimona, terdapat reaktor pengeluaran platinum/tritium yang dilakukan dibawah tanah. Ia telah beroperasi sejak tahun 1963 tanpa ada sebarang kawalan daripada badan antarabangsa. Israel tidak berada mengikat perjanjian dalam NPT (Non-Proliferation Treaty).

KIMIA

Tiada bukti yang dapat disahkan mengenai pengeluaran senjata kimia walaupun banyak dakwaan tentangnya. Beberapa laporan mencadangkan bahawa program senjata kimia ini terletak di Institut Kajian Biologi Israel di Nes Tziyona.

Kemampuan untuk memprosesnya disyaki selepas pelanggaran E1 Al pada bulan oktober 1992 di Amsterdam yang membawa kepada penemuan kira-kira 50 gelen dimethyl methylphosphonate (yang digunakan secara meluas sebagai pengsimulasi dalam kajian pertahanan, namun berkemungkinan sebagai agen gas sarin) yang destinasinya adalah Tel Aviv.

Israel telah menandatangi tetapi tidak mengesahkan Konvension Senjata Kimia.

BIOLOGI

Tentera Israel didakwa meletakkan racun dalam telaga air masyarakat Palestin dalam perang tahun 1948, namun bukti kekejaman ini sukar untuk disah dan ditentukan.

Israel sekali lagi juga enggan menandatangani Konvension Senjata Biologi

ISRAEL DAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Bersama-sama dengan Pakistan dan India, Israel merupakan salah satu daripada negara tersebut yang enggan menandatangani perjanjian NPT (Non-Proliferation Treaty), satu perjanjian global yang mensasarkan kepada memberhentikan penularan senjata nuklear melalui pemeriksaan dan sekatan.

Persidangan agung PBB dan IAEA telah mengadaptasi 13 resolusi sejak tahun 1987 untuk memujuk Israel menganggotai perjanjian tersebut, tetapi semuanya tidak pernah diendahkan.

Israel telah menandatangani tetapi tidak mengesahkan CMC (Chemical Weapons Convention) yang melarang sebarang pembangunan, pengeluaran atau perolehan senjata kimia dan meminta mana-mana negara yang memperolehinya supaya memnusnahkan stok dan kemudahan pengeluarannya.

Israel juga tidak menganggotai BMC (Biological Weapons Convention).

Kiriman: AbuNaim pada Rabu, 16 Jun, 2004 – 10:18 PM EST
Artikel ini telah dikeluarkan oleh The Palestine Monitor, satu NGO dalam Rangkaian NGOs Palestin (PNGO)
sumber: PalestineMonitor.org