Kes bunuh ditutup

Selasa, 20/09/2005 – Jabatan penyiasatan Israel dari jabatan keadilan Israel telah memutuskan untuk menutup kes pembunuhan rakyat Palestin yang melibatkan askar dan polis Israel di kawasan Palestin pada Oktober 2005.

Jabatan itu selanjutnya memutuskan untuk menutup kes tersebut atas alasan kurangnya bukti dan langsung tidak mencadangkan penahanan mereka yang bertanggungjawab dan pembunuh-pembunuh itu masih lagi bebas.

Keluarga mangsa-mangsa pembunuhan memprotes keputusan tersebut dan mengatakan Israel dengan sengaja tidak menghormati darah anak-anak mereka yang dibunuh dan berazam untuk meneruskan perjuangan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Seramai 13 rakyat Palestin dibunuh semasa perarakan secara aman dilakukan di Tebing Barat dan Gaza sebulan selepas pelancaran Intifadha September 2000.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.