Aktivis Hamas disiksa

Rabu, 12/10/2005 –Badan Perisikan Palestin di Gaza membebaskan seorang pemuda Adham Asyawa. Asyawa juga merupakan aktivis Hamas yang ditangkap di wilayah Sudaniyah sebelah utara Gaza. Apa yang memeranjatkan, tubuh badan Asyawa penuh dengan bekas siksaan.


Asyawa berasa dari An Nashr, Gaza yang diculik ketika dia pulang dari mengunjungi ibunya yang sakit di hospital. Beliau di bawa ke suatu tempat yang tidak diketahui. Perkara ini turut disahkan oleh perisik Palestin.

Wakil Hamas, Khalil Naufal mengatakan, apa yang terjadi adalah satu perkara yang bertentangan dengan undang-undang terhadap rakyat Palestin. Khalil menegaskan lagi, Asyawa mengalami kesan luka dan lebam-lebam yang memenuhi tubuh badannya.