Israel melancarkan serangan roket di Gaza


Helikopter Israel telah menembak sekurang?nya 4 roket pada 16 rumah kedai dan satu bengkel besi di penempatan Gaza.

Serangan sebelum subuh pada hari ini (29 Jun 2004) ini telah memusnahkan sebahagian besar bangunan dan bengkel besi di kem pelarian Nusairat


Jurucakap Israel medakwa bangunan tersebut digunakan oleh kumpulan pemisah Palestin tetapi tidak menerangkan kenapa mereka meletupkan dengan serangan roket tetapi dengan jalan menutup atau merampas kelengkapan tersebut.

Beberapa jam sebelum kejadian ini, askar Israel juga telah meletupkan 8 bangunan kosong.

Penganalisi politik Palestin, Hasan al-Kashif berkata serangan tersebut sebenarnya merupakan
serangan besar-besaran kepada pihak pemisah Palestin sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kem Israel Isnin lalu.

Serangan roket ke atas penempatan

Kumpulan pemisah telah melancarkan roket buatan sendiri di penempatan Sderot yang telah membunuh budak berumur 3 tahun dan seorang tua berumur 49 tahun.

Turut tercedera adalah 11 penduduk lain.

Ini merupakan pertama kali dalam 4 tahun pertempuran yang rakyat Israel terbunuh oleh roket buatan sendiri rakyat Palestin.

Hamas mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dengan kerjasama Brigade Martyrs Al-Aqsa sebagai balasan terhadap pembunuhan pemimpin utama Hamas.

Beberapa kereta kebal bergerak ke utara Gaza dan kenderaan tentera dikumpulkan di sempadan Gaza bersama askar yang ramai.

Tindakan ini dibuat untuk menghalang serangan roket Palestin ke atas penempatan haram Israel.

Mati dan cedera

Ia bermula selepas serangan Ahad lepas di mana pejuang Palestin menggali terowong sepanjang 350 meter dan meletakkan beratus kilo bahan letupan di bawah kem tentera Israel yang telah membunuh seorang askar Israel dan mencederakan 5 orang.

Berikutan serangan tersebut, 2 rakyat Palestin di tembak mati oleh Israel dan 2 lagi mati ditembak
pada hari Isnin di Gaza.

Sumber perubatan Palestin berkata, seorang budak berumur 13 tahun ditembak beberapa kali di bahagian kaki.

Walaupun tindakan Israel ternyata ganas, Ariel Sharon tetap dengan keputusannya untuk mengosongkan Gaza pada 2005.

Sharon mahu proses pengosongan penduduk di Gaza dipercepatkan.

Muhammed Baji (13 tahun )yang mati ditembak Israel semalam(28 Jun 2004) di Khan Yunis