Siasat Kematian Yasir Arafat !! – Misy?al

Rabu , 19/10/2005 –Ketua biro Politik Hamas, Kholid Misy?al menganggap kenyataan Mahmud Abbas sebagai satu kenyataan negatif. Beliau memberitahu, sebelum ini, Hamas tidak akan menerima segala perjanjian atau kata sepakat yang tidak pernah direalisasikan di Palestin.

Dalam program perbincangan terbuka di al-Jazeera, Misy?al meminta agar penyiasatan tentang kematian Yaser Arafat diteruskan. Ini disebabkan timbul isu bahawa Arafat telah mati di racun. Beliau turut menekankan, siasatan segera diadakan terhadap kes pembunuhan perdana menteri Lebanon, Rafiq al-Hariri. Misy’al menganggap hal berikut merupakan tuntutan rakyat.

Permintaan Misy’al itu berdasarkan laporan berita kementerian yang melaporkan tentang sebab-sebab kematian Arafat. Laporan itu menyebutkan bahawa pihak kementerian masih belum dapata mengenalpasti makanan di makan oleh Arafat pada Oktober 2004. Laporan itu berdasarkan laporan yang diterima dari pakar perubatan Hospital France yang bertanggungjawab merawat Arafat. Hospital France mendapati masalah yang dialami oleh Arafat masih belun ada ubatnya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.