300 anjing import dari US utk berhadapan dgn pejuang Palestin

Rabu , 19/10/2005 – Pihak penjajah Israel telah menerima 300 anjing terlatih dalam usaha menentang keganasan daripada pihak Amerika Syarikat dan berkemungkinan besar akan digunakan menentang pihak tentera Palestin di Tebing Barat, menurut laporan akhbar harian Yedioth Atnronot minggu ini.

Anjing-anjing tersebut diambil dari Amerika Syarikat dengan menggunakan kapal terbang Israel dan pihak tentera Israel menggunakan mereka di Bandar-bandar Palestin, menurut satu laporan.

Inisiatif untuk mendermakan 300 ekor aniing kepada pihak Israel telah dilakukan oleh Pertubuhan Yahudi di Amerika Syarikat yang percaya anjing-anjing tersebut dapat membantu penjajah Israel menentang ?keganasan? tentera Palestin.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa pegawai tentera senior berkata bahawa anjing tersebut telah dilatih untuk digunakan dalam serbuan terhadap rumah-rumah Palestin yang dikehendaki.

Palestin menyatakan bahawa pihak tentera Israel telah meningkatkan penggunaan anjing pengesan dalam usaha menahan pihak Palestin yang dikehendaki dan anjing-anjing tersebut dilaporkan amat ganas dan agresif dan boleh mengakibatkan kecederaan fizikal dan psikologi yang teruk kepada orang Palestin.