Saya membunuh?maka saya terus hidup !!!

Naturei Karta ?? Apakah objek ini ? Mengapa Zionis amat membenci golongan berlabel Naturei Karta ? Tidakkah mereka sebangsa dan mengapa mereka tidak sehaluan ? Maszlee Malek kata tidak !! Mereka adalah lain !

Barangsiapa yang beriman maka dia wajib menetap di Israel .. Dan setiap Yahudi yang hidup di luar Israel maka dia tidak bertuhan..?

Ungkapan inilah yang senantiasa di laungkan oleh kelompok-kelompok Yahudi Zionis, di antaranya oleh Ben Gurion (salah seorang pemimpin gerakan Zionis) untuk memaksa kaum Yahudi agar berhijrah ke ?Israel?. Mereka mengambil doktrin mereka dari agama sebagai medium dan alasan untuk meluaskan pengaruh Zionisme dan menambahkan saiz demografi “negara Israel” yang mereka bina melalui gerakan Zionis sedunia (WZO). Maka kaum Zionis mengumpamakan bumi Palestin sebagai ?kulit unta yang mengerut apabila haus dan lapar, kemudian melebar apabila kenyang dan hilang dahaga?. Mereka berkeyakinan, bumi Palestin ini akan bertambah meluas dan membesar apabila dihuni oleh ?bangsa pilihan Tuhan? serta akan mengerut dan menyempit apabila mereka meninggalkannya.

Negara Israel (Erez Yizrael) dalam ideologi kaum Yahudi Zionis adalah wilayah yang membentang dari Sungai Nil di Mesir sehingga ke sungai Furat di Iraq. Hal ini telah dibadikan oleh pihak Zionis di dalam peta dan buku-buku mereka, bahkan ianya terus diajarkan kepada para pelajar di sekolah-sekolah Yahudi di dalam “Israel” dan juga di universiti-universiti mereka sebagai salah satu medium indoktrinasasi. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin merupakan hadiah dari Allah untuk moyang mereka, iaitu Nabi Ibrahim `alaihis salam. Mereka mengatakan bahawa Nabi Ismail telah mencuri tanah ini dari saudaranya, Nabi Ishak, `alaihimas salam. Oleh yang demikian, maka orang-orang Arab yang ada di dalamnya juga adalah para pencuri. Menurut mereka lagi, adalah menjadi hak orang Yahudi untuk mengambil kembali tanahnya dari kaum pencuri dan perampas. Oleh yang demikian, pendudukan Zionis ke atas bumi Palestin, menurut dakwaan para Zionis adalah usaha kemerdekaannya dari para pencuri dan penyamun.

Theodore Herzl pernah memakan sandwic berintikan daging babi (yang diharamkan oleh agama Yahudi) dengan menggunakan tangan kirinya di hadapan rabbi-rabbi Yahudi untuk menunjukkan beliau adalah seorang Yahudi yang liberal.

Doktrin agama ini telah dimanipulasikan oleh kaum Zionis untuk membawa sebanyak mungkin orang Yahudi berhijrah ke bumi Palestin dari seluruh penjuru dunia. Demikian itu, maka tercapailah cita-cita mereka untuk menguasai seluas mungkin bumi Palestin. Pada realitinya, hujah bersalutkan agama itu hanyalah merupakan alasan mereka demi meneruskan projek kolonialisasi mereka untuk menubuhkan negara bangsa (nation state) bagi bangsa Yahudi.

Pada dasarnya prinsip gerakan Zionis Israel disandarkan kepada dua alasan utama, pertamanya: Ungkapan yang mengatakan bahawa tanah Palestin sebenarnya ialah ?tanah tanpa bangsa? dan ianya adalah untuk “bangsa yang tidak bertanah”, iaitu orang-orang Yahudi. Prinsip yang kedua pula ialah: Keganasan, maka demi menyediakan tanah Palestin untuk bangsa Yahudi yang berhijrah, mereka terpaksa melakukan pembersihan etnik terhadap bangsa Palestin yang telah pun mendiami bumi tersebut semenjak berkurun-kurun lamanya. Demi menjayakan projek pembersihan etnik tersebut, mereka telah mengusir para pemilik tanah serta membunuh para wanita, orang tua dan kanak-kanak Palestin. Sebilangan besar rabbi Yahudi yang berideologi Zionisme telah memberikan justifikasi pembunuhan tersebut dengan hujahnya bahawa jika dibiarkan, nanti anak tersebut akan melawan dan membunuh mereka pula. Bagi pembunuhan kaum wanita Palestin pula, mereka menjustifikasikannya dengan kenyataan mereka bahawa siibu akan melahirkan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya membunuh orang-orang Yahudi yang telah menduduki tanah bumi mereka. Inilah yang telah diungkapkan oleh Menachem Begin, ?Saya membunuh?maka saya terus hidup!!!?

Jika kita menelusuri akar gerakan Zionis, ternyata ianya kembali kepada fakta yang menunjukkan ianya bukanlah lahir dari fahaman keagamaan Yahudi. Malah ianya lahir daripada ide nasionalisme yang berkembang pesat di Eropah dan juga ianya terhasil daripada kebencian kaum Kristian terhadap kewujudan Yahudi di bumi mereka. Menurut Dr. Abdul Wahhab al Masiri di dalam ensiklopedianya ?al-Yahud wa al-Yahudiyyah wa al-Suhyuniyyah?, beliau menyebutkan, ?Sesungguhnya ideologi Zionisme tidak lahir dari orang-orang Yahudi akan tetapi, pada dasarnya, ia lahir dari para pemikir imperialis bukan Yahudi.? Bahkan Setiausaha Luar kerajaan British pada waktu tersebut, Sir Arthur Belfour, yang telah berjanji mendirikan tanah air bangsa bagi orang Yahudi (melalui deklarasi Belfour), pun membenci mereka (Yahudi). Meskipun dia dan juga para pemikir British yang lainnya telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendirikan “Negara Israel”, namun itu semuanya mempunyai muslihat mereka yang tersendiri. Hakikatnya, pembinaan sebuah Negara bangsa bagi kaum Yahudi yang jauh dari Eropah dapat membantu kepentingan Eropah dan membebaskan bumi Eropah dari orang-orang Yahudi yang telah menjadi beban ekonomi, perdagangan, politik serta ideologi.

Bagi faham Zionisme juga, Yahudi adalah semata-mata perkauman, dan untuk menegakkan negara bagi kaum Yahudi mereka bebas menggunakan apa-apa cara samada kezaliman mahupun kekerasan. Zionisme juga percaya bahawa hanya dengan ideologi sekular sahaja mereka dapat memastikan survival bangsa Yahudi dan juga kesinambungan negara haram Israel yang mereka bina. Bagi mereka, kitab Taurat hanyalah satu kitab suci yang menjadi adat resam bangsa Yahudi sahaja tanpa membawa apa-apa erti dalam kehidupan duniawi mereka.

Agama Yahudi diperkudakan semahu?nya oleh pengembala Zionis

Faham Zionis juga menterjemahkan kaum Yahudi sebagai ?Bangsa Pilihan Tuhan? sebagai satu lesen bagi mereka untuk mempergunakan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini. Ianya juga merupakan lesen besar untuk mereka jadikan alasan kepada kewujudan mereka di bumi Palestin dan menafikan hak kaum Arab (Muslim dan Kristian) di bumi tersebut. Walaupun berbekalkan semangat keYahudian, namun faham Zionis menolak ajaran-ajaran Taurat yang menghalang kaum Yahudi dari pulang ke Palestin dan menzalimi sesama manusia. Jelas bahawa faham Zionis hanyalah sebuah doktrin fahaman sekular yang diwarnai perkauman yang radikal. Di atas dasar inilah faham Zionis berpendapat bahawa selagimana seseorang manusia berketurunan Yahudi, maka dia adalah bangsa ?Yahudi?, walaupun dia tidak mempercayai tuhan, tidak beragama dan juga tidak mempercayai Taurat serta ajaran-ajarannya. Sebab itulah kita mendapati pengasas gerakan Zionisme sendiri pun merupakan seorang Atheis yang tidak mempercayai tuhan sama sekali. Yang menarik lagi, beliau (Theodore Herzl) pernah memakan sandwic berintikan daging babi (yang diharamkan oleh agama Yahudi) dengan menggunakan tangan kirinya di hadapan rabbi-rabbi Yahudi untuk menunjukkan beliau adalah seorang Yahudi yang liberal. Atas sebab ini jugalah kita dapat melihat banyak sekali larangan-larangan dalam Taurat dilanggar oleh penduduk negara haram Israel yang merupakan masyarakat faham Zionis. Antaranya, (sekadar menyebutkan sahaja) bekerja hari Sabtu, perzinaan, membunuh orang-orang Palestin, menjual babi dan 1001 lagi pantang larang yang dilanggar di dalam negara Israel Zionis yang sekular.

Sebuah organisasi Yahudi di luar Israel bernama ?Naturei Karta?, gerakan yang bersikap anti-Zionis serta anti Israel yang telah diterjemahkan melalui usaha mereka pada setiap tahunnya membakar bendera ?Israel? dan menyertai demonstrasi anti-Israel, mengatakan bahawa Kitab Taurat (Torah) menyebutkan di dalamnya bahawa kembalinya kaum Yahudi ke bumi Palestin adalah haram dan bertentangan dengan ajaran agama Yahudi. Ini, menurut mereka hanya akan mempercepat berakhirnya bangsa Yahudi, tanah ?Israel? tidak mungkin didirikan di atas titisan darah, pembunuhan dan kehancuran. Kepulangan kaum Yahudi ke Palestin hanya akan dilakukan melalui ?Messiah? Yahudi yang akan muncul di akhir zaman. Messiah tersebut, menurut golongan ini akan bertolak ke Palestin dengan penuh kasih saying, kemanan dan juah daripada keganasan. Apa yang dilakukan oleh kaum Zionis menurut mereka lagi, adalah bertentangan dengan tindakan Messiah dan tersasar jauh dari ajaran Yahudi yang mementingkan kasih sayang dan kemanan. Untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan itu, maka orang-orang Yahudi wajib menghiaskan diri mereka dengan kesabaran sehingga kedatangannya.

Antara perbezaan besar di antara Naturei Karta dengan golongan Zionis dan Israeli juga adalah sikap mereka terhadap bumi Palestin dan juga janji Tuhan kepada mereka berkenaan bumi tersebut. Menurut mereka, kaum Yahudi telah dikeluarkan dari bumi tersebut adalah kerana dosa-dosa mereka. Ianya merupakan siksaan dari Tuhan kepada bangsa Yahudi, dan sewajarnya kaum Yahudi mengambil pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan silam. Proses pembuangan Yahudi dari bumi Palestin semenjak tahun 70 A.D. lgi adalah peluang bagi kaum Yahudi untuk mendekatkan diri mereka kembali kepada Tuhan dan memperbaiki diri mereka. Walaupun kaum Yahudi sentiasa berdoa siang dan malam agar mereka dikembalikan ke bumi Palestin yang dijanjikan Tuhan kepada mereka, menurut kumpulan ini, ianya hanya hak Tuhan untuk mengembalikan mereka dan bukannya dengan usaha mereka sendiri, apatah lagi dengan mengambilnya dari orang lain serta menumpahkan darah. Mereka juga yakin, apabila sampai waktunya nanti, mereka akan pulang ke Palestin bersama Messiah yang telah dijanjikan oleh Tuhan, dan mereka akan hidup harmoni dengan penduduk lain di Palestin dalam keadaan beriman kepada Tuhan.

Golongan Naturei Karta mengutuk keras tindakan berbau sekular puak Zionis


Maka, sewajarnyalah mereka menentang propaganda Zionis dan juga usaha-usaha kejam gerakan tersebut. Bagi kumpulan ini, apa yang dilakukan olrh Zionis dan juga Israelis sekarang ini hanya akan mengundang kemurkaan Tuhan terhadap mereka dan juga merupakan persiapan untuk mengundang azab dari Tuhan. Erez Yizrael yang mereka idamkan itu, menurut Naturei Karta adalah berbeza dengan negara Israel sekarang ini yang lebih kepada negara ketenteraan dan zalim. Erez Yizrael yang akan dibina oleh Messiah nanti adalah negara kerahiban, tanpa peperangan dan juga tanpa keganasan. Semua rakyat Yahudi akan tunduk dan beribadat kepada Tuhan untuk mendapatkan keredhaannya bersama-sama penduduk negara tersebut secara aman dan damai. Oleh yang demikian, sehingga kini, Naturei Karta tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel, malah tidak pernah pun pergi ke Kotel (tembok meratap) mereka yang pada pandangan mereka telah dirampas dengan kekerasan dan kekejaman. Kekerasan dan kekejaman bukanlah intipati ajaran agama Yahudi pada pendirian kumpulan ini.

Kesimpulannya, gerakan Zionisme sebenarnya adalah siri terakhir era kolonialisme di dalam sejarah dunia moden. Ianya akan segera berakhir sepertimana nasib kerajaan British, Sepanyol, Peranchis, Itali dan mana-mana kuasa kolonial suatu waktu dahulu. Zionisme juga bukanlah sesuatu yang berpaksikan agama Yahudi, tetapi lebih merupakan sebuah gerakan politik sekular yang mempergunakan agama Yahudi untuk mendapatkan sokongan untuk projrk mereka. Gerakan yang menggunakan sentimen agama Yahudi ini sebenarnya akan menghadapi kehancuran dalaman mereka, kerana apa yang mereka janjikan kepada golongan agama mereka tidak akan dapat mereka berikan. Apa yang berlaku di Gaza sebagai contohnya adalah salah satu daripada kegagalan mereka untuk mengotakan janji mereka kepada golongan radikal agama Yahudi yang telah terpengaruh dengan janji-janji Zionis untuk menubuhkan negara Erez Yizrael dari Nil ke Furat.