Perarakan raksaksa di Iran sempena Hari Quds Sedunia

Isnin, 31/10/2005 – Jutaan rakyat Iran dari serata jeruk telah turun ke jalanan untuk mengadakan demonstrasi hari Quds Sedunia.

Di Tehran, ratusan ribu rakyat Iran mengadakan rally gergasi sambil membawa slogan anti-Israel dan menghentam tindakan jenayah rejim Zionis
yang menyerang rakyat Palestin yang tidak bersenjata.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinajad dan pegawai senior Kerajaan turut menyertai perarakan di barisan hadapan sambil menyatakan sokongan terhadap
rakyat Palestin dalam perjuangan menentang rejim Zionis.

“Israel yang sombong fikir dunia mesti mematuhi mereka”, kata pemimpin Iran tersebut. Beliau turut menyarakan agar tidak mengadakan sebarang
hubungan dengan Tel Aviv.

Mahmoud Ahmadinajad kini menjadi tumpuan dunia kerana kenyataan pedas berhubung Israel wajar dibuang dari peta dunia yang mana selepas itu mendapat pelbagai reaksi dari pro-Israel bahkan Israel sendiri panas punggung kerana tidak
menyangka ada negara Islam yang masih bertaring.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.