Arafat di racun ?

Jumaat, 18/11/2005 – Ahmed Abdul Rahman, ahli majlis Revolusi Fatah selaku penasihat kepada kepimpinan tertinggi PA, Mahmoud Abbas, mendakwa bahawa kematian Yasser Arafat adalah disebabkan racun yang telah disuntik kedalam telinga bekas pemimpin PA itu.

“Arafat telah diracun sebelum beliau mula jatuh sakit pada 25/9/2003 dan penyakitnya itu
berlarutan selama 16 hari. Penyakit yang dihidapinya itu menyebabkan berat badannya susut sebanyak 13 kilogram. Tiada seorang doktor yang dapat mengenalpasti penyakitnya pada masa itu,” ujarnya kepada wartawan.

“Arafat sentiasa bermesra dengan orang ramai sambil berdakapan dengan mereka, dan dipercayai bahawa pada masa inilah salah seorang daripada mereka telah menyuntik bahan
beracun ke dalam telinganya tanpa disedari,” dakwa Abdul Rahman.

Abdul Rahman turut menekankan bahawa pembunuhan Arafat itu telah dirancang secara teliti dengan tujuan untuk menghapuskan kepimpinan PA.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.