Article

Haneya Puji Sikap Syaikh Raed Shalah

Written by admin from http:// on July 29th, 2010 | 0 Comments

Khamis,  29/07/2010 – Ismael Haneya, perdana menteri Palestin memuji sikap Syaikh Shalah, ketua gerakan Islam di wilayah Palestin jajahan 48. Sikap beliau mewakili sikap rakyat Palestin, bangsa Palestin dan Arab.

Pernyataan ini dikeluarkan oleh Haneya dalam majlis konvokesyen ke 29 di Universiti Islam Gaza, Ahad (25/7). Dalam kesempatan itu, Haneya menyampaikan salam hormatnya kepada Syaikh Shalah dan kepada seluruh tawanan Palestin yang sedang terperosok dalam penjara Israel. Beliau menegaskan, untuk membebaskan Al-Quds serta mengembalikannya ke pangkuan kaum muslimin, tidak boleh dilakukan kecuali dengan membina peribadi-peribadi yang sanggup memikul amanah dan semangat dalam membebaskan negara ini dari penjajahan. Perjalanan menuju pembebasan Palestin juga tidak boleh kecuali perlu melalui jambatan iman dan ilmu, katanya. Dengan kedua itulah kita akan menggapai cita dan pengharapan kita.

Dalam pada itu, Haneya menyambut baik keputusan pihak Hak Asasi Manusia antarabangsa yang berjaya membentuk jawatankuasa bebas untuk menyiasat kes kekejaman Israel terhadap kapal Freedom Flotilla. “Kami sangat berharap tindakan tersebut dapat membentuk keputusan yang boleh mengheret para pemimpin Zionis ke mahkamah antarabangsa dan bukan semata-mata mengetahui sebab-sebabnya sahaja”, ujar beliau.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Comments are closed.

Facebook

Palestinkini on Facebook

Twitter

Bual

Jom Derma !

Arkib Pkini