Al-Qassam Letupkan Markas Tentera Israel

Massej Online – Katibah As-Syahid Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS mengumumkan bertanggungjawab ke atas penyerbuan dan pengeboman markas strategik tentera Israel di perlintasan Abu Houli, Genting Gaza. Akibatnya, puluhan tentera Israel terbunuh dan cedera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas serangan tersebut, Al-Qassam mengatakan:”Unit Penghapus Pengganas milik Katibah Al-Qassam mengumumkan bertanggungjawab penuh ke atas serangan yang dilakukannya pada hari Ahad (27/06) pukul 21:43 (waktu Palestin) dengan menyerbu dan meletupkan markas strategik tentera Israel yang terletak di perlintasan Abu Houli sebelah utara Qararah, Genting Gaza.” Menurut kenyataan itu juga, markas tentera tersebut adalah di antara markas yang dikawal ketat dan memiliki sistem rondaan canggih melindungi pergerakan pemukim Yahudi dan kenderaan tentera Israel.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa para pejuang Al-Qassam, “Berjaya mencapai titik sasaran dan meletupkan sejumlah bahan peledak berkekuatan besar.” Kenyataan itu juga mengisyaratkan bahawa serangan tersebut berjaya diambil gambarnya.

Al-Qassam mengatakan, “Pihaknya bertanggungjawab penuh ke atas serangan spektakuler tersebut,” dan menegaskan bahawa,”Serangan ini adalah bahagian dari rangkaian balasan atas pembunuhan terhadap Syeikh Ahmad Yasin dan Dr. Abdul Aziz Rantisi. Juga sebagai balasan atas pembunuhan yang terus menerus dilakukan penjajah Israel terhadap bangsa kami, Palestin. Terutama yang terakhir dilakukan di Rafah, Nablus serta kota-kota dan khemah-khemah pelarian Palestin lainnya.”

sumber : www.massej.info

…antara askar Israel yang cedera dalam serangan tersebut. (gambar dari BBC)