Lampu hijau untuk pilihanraya

Khamis , 24/11/2005 – Pada Rabu lepas, kaunsel undang2 pihak berkuasa palestin telah menolak cadangan Fatah untuk menunda tarikh pilihanraya yg akan diadakan pada 20 Januari tahun depan.

Keputusan undian adalah 20-10 untuk penolakan cadangan tersebut.

Pilihanraya dijangka akan diuruskan bersandarkan kepada system 50-50 dimana separuh calon akan bertanding dalam senarai parti di peringkat kebangsaan dan separuh lagi akan bertanding untuk peringkat daerah.

Fatah, akan mengadakan pilihanraya dalam parti pada Jumaat ini untuk memilih mereka yg sesuai utk pilihanraya nanti.

Sementara Hamas, sudah memilih calon yg difikirkan sesuai dan berpengaruh tetapi mengambil langkah selamat tidak mengumumkan senarai calon kerana khuatir ditangkap oleh askar-askar Israel.

Askar Israel beberapa minggu ini, sudah menangkap beberapa ribu aktivis politik dan ketua Islam dan ini dijangka akan melemahkan parti Hamas dalam pilihanraya tidak lama lagi.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.