Tahanan Tidak Akan Dibenarkan Bertanding Dalam Pilihanraya

Jumaat , 25/11/2005 – Jurucakap bagi Kementerian Luar Negeri Israel, Mark Rajeev, berkata bahawa Israel akan mengambil tindakan bagi menghalang tahanan-tahanan rakyat Palestin dari bertanding di dalam pilihanraya PLC (Palestine Legislative Council – Majlis Perundangan Palestin) yang bakal berlangsung dalam bulan Januari tahun depan.

“Kerajaan Israel telahpun membuat perjanjian dengan Pihak Berkuasa Palestin berkenaan isu ini dan sebarang perubahan terhadap perjanjian tersebut tidak akan dibenarkan. Atas dasar ini, Israel tidak akan membenarkan tahanan-tahanan Palestin bertanding di dalam pilihanraya PLC tersebut,” tambah beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa tahanan rakyat Palestin telah menyatakan hasrat untuk bertanding di dalam pilihanraya akan datang.

Sementara itu, sumber dari pihak Palestin melaporkan bahawa Badan Perisikan Israel sedang berusaha menimbulkan permasalahan di kalangan tahanan-tahanan Palestin yang dikurung di Penjara Hasharon dengan menyebarkan khabar-khabar angin bertujuan untuk mengurangkan sokongan orang ramai.

Sumber juga melaporkan bahawa pihak penjara turut menggunakan kekerasan serta memberikan layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan rakyat Palestin, termasuk pemeriksaan badan tanpa-pakaian dan menafikan hak lawatan ahli keluarga.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.