2 aktivis Jihad ditahan rejim Zionis

Jumaat , 25/11/2005 – 2 komander battalion Brigade Qud ditangkap oleh askar Israel pagi Khamis semalam. Brigade Qud merupakan sayap penting dlm Pergerakan Jihad Islam Palestin telah bertempur dgn askar Isreal yg ternyata lebih ramai.

Askar Israel dilihat menggunakan missile dan kereta tank sementara dua aktivis itu hanya menggunakam machinegun untuk bertahan di dalam sebuah bangunan di tebing barat Bandar Jenin.

Dua org komander tersebut adalah Iyad Abu Al-Rub dan penolongnya Firas Abu Al-Rub ditangkap setelah mereka kehabisan peluru.
Askar Israel mendakwa Abu Al-Rub merupakan perancang utama pengeboman penduduk Israel di Khadera yg mengorbankan 6 org dan mencederakan lebih 20 org yg lain.

Jihad Islamiah berkata, operasi tetap diteruskan sebagai tindakbalas ke atas tentera Israel yg membunuh komander Luai Al-Sa’adi bulan lepas.
Sementara askar Israel telah membuat operasi ketenteraan dgn membunuh, menangkap dan memusnahkan rumah penduduk Palestin. Dalam operasi tersebut, 3 org askar Israel telah tercedera yg bertempur dgn Pejuang Palestin.

Askar Israel berjaya mengesan beberapa org komander selepas mendapat maklumat daripada pengintip mereka. Bagaiamanapun pejuang Palestin lebih rela mati di tanah sendiri daripada ditangkap oleh askar Isreal sperti kematian ketua Brigade Qud, Jihad Zakarneh dan Arshad Kmail akhir bulan lepas.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.