Hamas menyapu 50.5% undi dalam pilihanraya tempatan Nablus

Selasa , 20/12/2005 – Syeikh Mansoor, seorang tokoh Hamas mengesahkan Hamas telah mendapat undian rakyat sebanyak 50.5% dalam pilihanraya tempatan walaupun menghadapi pelbagai tentangan daripada pelbagai dari Israel yang melakukan penahanan yang bertali arus terhadap calon atau pimpinan Hamas.

Ini menunjukkan rakyat mahukan Hamas sebagai pimpinan mereka. Sebanyak 13 daripada 15 kerusi dI Nablus, 9 daripada 15 di El-Bireh dan 8 daripada 15 di Jenin telah disapu oleh Hamas. Di bandar Ramallah Hamas berjaya mendapat 1/3 jumlah undian dan mendapat 3 kerusi disebabkan adanya sistem kuota untuk pihak kristian.

Syeikh Mansoor berkata pimpinan Hamas menentang keras kenyataan AS yang bersifat anti-perjuangan dan mereka sengaja mencampuri urusan dalaman Palestin dan dalam masa yang sama menggesa seluruh kumpulan Palestin untuk mengutuk tindakan AS menghalang penyertaan Hamas dalam pilihanraya tempatan.

Bila ditanya kenapa Nablus menjadi tempat pengumuman keputusan itu, beliau berkata bandar itu diabaikan oleh PA dan bandar yang sama adalah unik untuk pimpinan Hamas. Beliau juga mengumumkan keputusan itu menunjukkan rakyat Palestin telah memilih untuk berjuang bersama-sama Hamas dalam penentangan Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.