Hamas merancang membina siaran bersatellit

Selasa , 20/12/2005 – Sheikh Ismail Haneyya, pemimpin politik Hamas, secara terbuka menyuarakan perancangan Hamas untuk membina siaran TV bersatelite dan biro pengaduan sempena pilihanraya Januari ini.

Haneyya berkata dalam satu temubual yg diadakan dgn agensi berita Ramattan, Hamas sudah lama merancang, namun dia menambah, banyak factor, termasuk keadaan kewangan yg menghalang impian ini tercapai.

?Kami sudah lama memikirkan isu ini; bagaimanapun, keadaaan di sini dan juga kewangan sedikit membantutkan rancangan kami. Tetapi, kami telah bersungguh sungguh membangunkan siaran satellite ini dan akan dpt dilihat oleh masyarakat Palestin dan juga seluruh dunia? katanya lagi.

?Hamas adalah pergerakan yg berhubungkait dgn komuniti seluruh dunia dan sentiasa membuka pintu hubungan dgn semua negara yg mahu mempertahankan bumi Palestine,? tambah beliau.

Beliau sgt menyanjung Arab dan juga operasi siaran TV antarabangsa di bumi Palestin yg memaparkan tindakan kejam Israel keatas masyarakat Palestin secara tidak lansung memberi peluang kebebasan kepada rakyat.

Sementara itu, Hanyeen berkata, pergerakan Hamas akan membuka cawangan biro pengaduan di semua kawasan Palestine dimana pilihanraya diadakan.

?Biro Pengaduan, adalah salah satu daripada tradisi Islam, iaitu menerima aduan daripda warga Palestine, dimana ahli PLC yg dipilih Hamas akan menyelesaikan masalah yg dihadapi rakyat, beliau menambah.

Akhir sekali pemimpin Hamas ini berkata, biro ini akan menlaksanakan tugas yg diberikan bersama dgn mekanisma khas, termasuk membuat hubungan dgn pihak berkaitan dalam menyelesaian aduan yg dinyatakan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.