Kesakitan Sharon menunjukkan Israel dipinggirkan.

Jumaat , 23/12/2005 – Kesakitan yg dihadapi perdana menteri Israel, Ariel Sharin, yg baru sahaja keluar dari hospital selasa lalu, membuktikan negara Israel dipinggirkan oleh negara2 lain apabila hanya beberapa org pemimpin dunia sahaja yg menghubungi Sharon ketika berada di hospital.

Antara pemimpin yg menghubungi beliau termasuk perdana menteri Amerika Syarikat dan Mesir, sementara ketua PA, Mahmoud Abbas, hanya dibenarkan berhubung melalui telefon. Begitu juga setiausaha Amerika Syarikat, Condoleezza Rice, hanya menelefon penasihat politik Sharon, Dov Weisghlass.

Tambahan lagi, Pelopor PA, Ahmed Orei dilaporkan hanya menghantar mesej kepada Sharon semoga sembuh, sementara pemimpin dunia lain, termasuk Raja Jordan, King Abdullah II, Perdana Menteri Turki, Receb Erdogan, Perdana Menteri British, Tony Blair dan lain, hanya berharap Sharon cepat sembuh tanpa menghubungi Sharon.

Pemimpin dunia lain termasuklah Presiden Perancis dan China tidak membuat sebarang kenyataan atau menghubungi Sharon ketika dia sakit.

Sementara itu, ahli Knesset Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan memenangi undian memilih ketua baru dalam Parti Likud. Pemilihan ketua baru ini dibuat berikutan Sharon yg keluar dari parti itu dan membuat partinya sendiri, Kadima. Sumber Israel melaporkan.

Sumber menyebut Netanyahu memperolehi 44% daripada pengundi Likud, mengalahkan menteri luar Israel, Silvan Shalom, yg memperolehi 33% undi.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.