Pejuang Palestin menyerang tentera Israel di Askalan, 5 tercedera.

Jumaat , 23/12/2005 – Sekurang-kurangnya 5 askar Israel tercedera Khamis pagi semalam selepas terkena roket di serang oleh pejuang Palestine di Bandar Askalan, sumber Israel melaporkan.


Sumber itu berkata, serangan itu dilancarkan beberapa jam selepas rejim Israel membunuh 3 aktivis Palestine di Bandar Nablus, Tebing Barat.
Askar yg tercedera dihantar ke hospital berdekatan, menurut laporan sumber berkenaan.

Pergerakan Jihad Islam dikatakan bertanggungjawab dalam serangan ini, yg mana inilah merupakan serangan kedua pada hari yg sama. Serangan missile kedua adalah pada senja Khamis mengena zon penindustrian di Askalan. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Pada pagi Khamis, Askar Israel telah menyerang Bandar Beit Hanun di utara Jalur Gaza, menyebabkan penduduk Palestine panik seketika. Lendakan bom tersebut mengegarkan seluruh bandar, tetapi tiada kecederaan dilaporkan oleh penduduk Palestine.

Menteri Peperangan Israel, Shaul Mofaz, pada Rabu lepas telah memberi amaran kepada askar-askarnya untuk bersedia dgn senjata bom yg lengkap ketika di Jalur Gaza jika penduduk Palestine menembak misille kearah mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.