Shaul Mofaz : Wajah Sebenar Zionis

Selasa , 27/12/2005 – Pada tanggal 28 mac 2006 ini,air mata rakyat palestin mungkin menitis tanpa henti kerana sejarah penderitaan dijangka terus berpanjangan.pada hari itu,warga yahudi akan keluar mengundi memilih ketua baru dalam pilihan raya umum selepas perdana menteri,Ariel Sharon keluar parti likud dan membentuk parti kadima untuk mencari penggal pemerintahan yang baru

Soalnya sekarang,apakah ketua baru regim zionis akan lebih menyayangi warga palestin yang sememangnya sentiasa dianggap bangsa terpinggir dalam mana-mana ungkapan sejarah umat yahudi.Apakah yang bakal terjadi jika Shaul Mofaz,salah seorang daripada banyak nama disebut-sebut bakal menggantikan Sharon dipilih menjadi Perdana Menteri baru Israel?.Setakat ini,selain Mofaz; bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu;Amir Peretz,Uzi Landau, Yisrael Katz, Limor Livnat, Silvan Shalom (Menteri Luar Negara) dan Moshe Feiglin turut kepingin meniti jambatan kemasyhuran.

Mari kita sama2 perbodohkan orang Islam yang ramai ini

Yang jelas, penceritaan sejarah membuktikan sesiapapun yang bergelar ketua regim zionis itu, pasti akan diadili dengan tahap kekejamannya. Biarpun tanggal 28 mac masih jauh depan, sudah banyak akhbar di Timur Tengah menyiarkan pelbagai keluh kesah rakyat palestin. Dalam satu rencana selasa lalu, agensi berita Reuters menegaskan pemerhati politik palestin kini resah dan menunggu dengan penuh debaran siapakah yang bakal menerajui tampuk pemerintahan ditinggalkan Sharon. Agensi itu menulis, tiada sesiapapun yang mahu menangisi keputusan Sharon sebaliknya mereka lebih memikirkan masa depan palestin. Rakyat Palestin resah kerana udara nyaman di Tebing Barat, Gaza atau di ceruk mana bumi palestin, ia banyak bergantung kepada ?layanan regim Zionis?.

Soalnya, apakah kaitan senario kancah politik Israel dengan kedaulatan pemerintahan Pihak Berkuasa Palestin (PA)? Bagi rakyat Palestin, mereka tidak mahu keluar mulut buaya, masuk mulut harimau?. Namun, senario di Israel hanya menjurus kepada satu rumusan ? sesiapapun berkuasa, masa depan Palestin akan tetap gelap!. Paling malang, jika mofaz memegang teraju pemerintahan di Tel Aviv. Mungkin ramai tidak sedar Mofaz yang berhijrah ke Israel pada usia empat tahun adalah orang paling keras menentang keputusan Sharon mengundurkan tentera Israel dari semenanjung Gaza. Mungkin tidak ramai sedar Mofaz, Sharon dan Benjamin Ben-Eliezer adalah antara tiga nama yang begitu diidamkan tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di The Hague.

Shaul Mofaz , ‘koboi’ yang membunuh saudara kita di kem Sabra Satila

Mofaz juga adalah si penghapus Warga Palestin pada Intifada kedua yang tercetus selepas Sharon ( ketika itu anggota pembangkang Israel) melawati Baitulmaqdis, tanah suci ketiga umat islam. Di atas tangan Mofaz yang mengerah tentera Israel membakar dan menyerang kampung Palestin, beribu rakyat pimpinan Yaser Arafat tewas di Jenin dan Ramallah. Dia (Mofaz) juga adalah ketua IDF paling banyak membunuh Pemimpin Palestin termasuk Ibrahim al- Makadmeh yang ditembak mati di Gaza pada 8 mac 2003. Al-makadmeh adalah antara pemimpin berhaluan kanan dan pengasas Hamas yang di tuduh Israel membunuh 28 tentera yahudi dalam pelbagai serangan terancang.

Apakah muslihat penubuhan parti Kadima ?

Namun, rahsia aib yang membelenggu Mofaz jelas melingkari kepada permainan wayang ketika bersama Sharon.Selama ini, Mofaz berpura-pura memuji tindakan Sharon mengundurkan tentera Israel daripada semenanjung Gaza selepas 38 tahun menguasai tanah milik Palestin itu. Mofaz sedar betapa jawatan Menteri Pertahanan sepatutnya milik Ehud Barak. Mofaz dilantik Menteri Pertahanan kerana senario politik di Israel ketika itu jelas mahu meminggirkan Barak dari arus perdana. Semua pihak ketika itu enggan menyaksikan bayangan Barak menghiasi kancah politik Israel.

Atas saranan penasihat Sharon, Dov Weissglas, watak Barak dimatikan dan jawatan Menteri Pertahanan dihadiahkan kepada Mofaz. Itulah hutang Sharon yang memaksa Mofaz bermain wayang. Sikap talam dua muka Mofaz terbongkar hanya selepas Sharon keluar Parti Likud dan mengajaknya mengadu nasib bersama parti barunya, Kadima (bermaksud Ke Hadapan). Mofaz bukan saja menolak tetapi mengutuk keputusan dan kebijaksanaan Sharon mengundurkan tentera Israel dari Gaza.

Akhbar harian Israel Maariv selasa lalu melaporkan serangan terbuka Mofaz terhadap Sharon. Sebuah lagi akhbar Israel,Yedioth Ahronoth pula mendedahkan kenyataan Mofaz kononnya tiada siapapun dalam regim Zionis mahu berunding dengan Abu Mazen (nama jolokan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas). ?Abu Mazen perlu sedar betapa kalau menteri terbit dua kali pun, tiada siapapun di antara kami yang mahu berunding atau berdamai dengan rakyat Palestin,? kata Mofaz dengan nada angkuh. Jelas, bayangan Sharon dan Mofaz adalah sama. Mofaz sama seperti samseng Zionis yang lain termasuk Moshe Dayan, Yitzhak Rabin, Netanyahu,Shimon Peres, Moshe levi, Yaakov Dori, Ben-Eliezer atau Mordacai gur.

Mereka adalah musuh rakyat Palestin yang sering berlumba untuk menambahkan senarai nama korban masing-masing. Dalam konotasi mudah, biarpun Mofaz atau Sharon tidak terpilih Perdana Menteri Israel, mana-mana ketua Zionis yang lain dengan senang hati akan melaksanakan tugas meminggirkan rakyat Palestin daripada dunia ini. Mungkin ramai juga yang terlupa dengan permainan sandiwaraSharon yang segaja membubarkan Parlimen. Ditakdirkan tewas, tidak mustahil Sharon akan menjadi parti pembangkang yang bakal memberi tekanan kepada kerajaan Israel supaya kembali merampas Gaza kononnya demi menebus dosa silamnya kerana melepas tanah jajahan (semenanjung Gaza). Itulah wajah sebenar Zionis??..

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.