Laporan UN: Israel memperbanyakkan sekatan jalan

Rabu , 28/12/2005 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh pihak 4 Penjuru (US, EU, Russia dan UN) Selasa menuduh rejim Zionis mendirikan lebih banyak sekatan jalan di Tebing Barat.


Laporan yang disediakan oleh James Wofenson wakil pihak 4 Penjuru, mengatakan tentera zionis (TZ) mengadakan lebih banyak sekatan terhadap pergerakan rakyat Palestin dan pengaliran keluar masuk barangan dan perkhidmatan di sekitar Tebing Barat.

Wofenson menggambarkan cara TZ itu merupakan satu tindakan kejam dengan melanggar segala perjanjian yang dimeterai termasuk yang ditaja oleh pihak Amerika untuk operasi penyeberangan sempadan Rafah.Wofenson berkata bilangan sekatan jalan meningkat kepada 403 daripada 396 bulan lepas.

Wofenson menuduh Israel melengah-lengahkan berkenaan dengan pembukaan jalan antara Gaza dan Tebing Barat. Israel sebelum ini bersetuju untuk membenarkan rakyat Palestin untuk pergi dan balik samada dari Gaza/Tebing Barat ke Tebing Barat/Gaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.