Lagi kediaman Palestin musnah dilanyak rejim Zionis

Rabu , 28/12/2005 – Tentera Israel memusnahkan sebuah kediaman rakyat Palestin di kawasan perumahan Akaba di Beit Lahya, kawasan taklukan Israel, serta mencederakan penghuni-penghuninya yang cuba mempertahankan rumah mereka dari dimusnahkan.

Saksi berkata bahawa, tentera-tentera Israel yang diiringi traktor dan jentolak menghalang laluan ke kawasan berkenaan dan memusnahkan rumah tersebut yang diduduki oleh Nabil Al-Amwasi beserta tujuh ahli keluarganya.

Penghuni rumah berkenaan, dalam usaha mempertahankan hak mereka, telah dipukul dan dibelasah oleh sebilangan anggota tentera setelah dipaksa keluar dari kediaman mereka. Mangsa-mangsa kemudiannya dihantar oleh orang ramai ke hospital bagi mendapat rawatan.

Di sebuah perkampungan di wilayah Qalqilia, tentera penceroboh memecah masuk beberapa buah kediaman yang dipercayai didiamii beberapa aktivis Palestin. Namun tiada tangkapan dibuat. Di Ramallah pula, tentera penceroboh menguasai sebuah masjid bagi menjalankan operasi mencari pejuang Palestin.

Di Nablus, tentera-tentera Israel menceroboh masuk kawasan perkampungan Beita serta menangkap dua orang pemuda Palestin. Di selatan Nablus pula, pihak tentera penceroboh melepaskan tembakan peluru getah secara rawak ke arah orang ramai.

Dua orang pemuda Palestin cedera sementara tiga lagi ditahan oleh tentera penceroboh di bandar berkenaan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.