Perbincangan dgn Abbas tidak menyentuh penundaan tarikh pilihanraya.

Jumaat , 30/12/2005 – Mesyuarat yg diadakan oleh semua wakil parti bersama ketua PA, Mahmoud Abbas, tiada bersangkut paut dgn tarikh pilihanraya yg diadakan Januari ini, kata pemimpin Hamas, Ismail Haneyya.

Haneyya memberitahu, perbincangan petang itu adalah berkenaan campurtangan Israel dalam pilihanraya Palestine. Rakyat Palestine tidak membenarkan campurtangan Israel dalam sistem pilihanraya Palestine, katanya.

Abbas dan seluruh ahlijawatankuasa bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa yg memantau organisasi dalam pilihanraya.

Sementara itu, Menteri PA bahagian perhubungan, Sa?eb Uraikat, menyatakan Israel setakat ini tidak ada sebarang jawaban berkenaan permintaan PA untuk membenarkan penduduk Palestin Jerusalem untuk menyertai proses pilihanraya.

Uraikat ketika berkata pada sidang media petang Selasa lalu, buat masa ini PA masih lagi mengekalkan tarikh pilihanraya seperti yg dirancang.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.