Askar Israel bunuh ahli akademik Palestin


Askar Israel telah membunuh ahli akademik terkemuka Palestin dan anaknya yang berumur 15 tahun semasa operasi ketenteraan berhampiran kem pelarian di luar utara bandar Nablus.

Khalid Musa Salah (Palestinian-American), 52 tahun , seorang professor di fakulti kejuruteraan elektrik di Universiti Nasional di Nablus.

Sumber dari Palestin menggambarkan pembunuhan beliau merupakan pembunuhan kejam yang paling tidak berperikemanusiaan.

Sumber mengatakan Salah dibunuh semasa beliau membuka pintu utama apartment beliau setelah di arah oleh pihak Israel yang mengendalikan operasi tersebut. Pembunuhan beliau berlaku di hadapan keluarga beliau.

Salah dan anaknya adalah warganegara Amerika.

Selepas itu, pihak Israel meletupkan 4 bangunan rumah kedai dan menyebabkan ramai keluarga Palestin kehilangan tempat tinggal.

Mereka tidak dibenarkan mengambil harta mereka sebelum rumah mereka diletupkan.

Khalid Salah merupakan mangsa rakyat Palestinian-American yang terbaru