Tangan kiri Ariel Sharon sudah bergerak

Khamis, 12/01/2006 – Doktor yg merawat Ariel Sharon melaporkan pemimpin Israel itu sudah boleh mengerakkan tangan kirinya.

Sementara itu, Haaretz melaporkan, Sharon menghadapi serangan otak yg dikenali sebagai cerebral amyloid angiopathy (CAA) dan imbasan otak telah dilakukan ketika serangan strok pada 18 Disember lalu. Doctor tidak menggunakan anti-coagulants kerana khuatir risiko pendarahan akan menjadi semakin teruk.

Manusia yg menghadapi strok akan menjadi lebih sukar jika sudah berumur kerana protein yg ada tidak cukup menyebabkan pendarahan mudah berlaku terutama di bahagian otak.