Hamas, Fatah sepakat tidak mempamerkan senjata sewaktu proses pilihanraya

Jumaat , 20/01/2006 – Dua parti utama di Palestin, Pergerakan Resistance Islam, Hamas, dan pergerakan liberal Palestin, Fatah, telah bersetuju tidak akan menunjukkan senjata mereka semasa hari mengundi nanti.

Keputusan itu diberitahu semasa sidang media yg dibuat oleh kedua parti tersebut di Bandar Gaza. Hamas diwakili ketua pemimpim politik Sheikh Sa?eed Siyam dan Sameer Mashharawi mewakili Fatah.

?Persetujan ini dibuat setelah beberapa dialog dan masing2 mahukan keadaan yg demokrasi dan pilihanraya yg jujur?, kata kenyataan itu.

Kedua-dua parti ini juga akan memanggil penduduk Palestin terutama Palestin di Jerusalem untuk menyertai proses pilihanraya. Ini penting bagi memastikan Israel tidak masuk campur dan mahukan perpecahan penduduk Palestin.

Berdasarkan perjanjian, kedua-dua pergerakan itu akan memandang serius sebarang kecacatan dan penipuan dalam pilihanraya nanti. Ini bagi memastikan tiada hasutan dan perkacauan yg dilakukan oleh musuh2 masyarakat Palestin.

?Kami mahukan rakyat Palestin menyokong dan melindungi perjanjian negara untuk bersatu dan mengelak dari mendengar sebarang propaganda yg boleh memecahbelahkan sewaktu pilihanraya nanti?, menurut kenyataan tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.