Hamas Paling Kami Benci

Isnin, 23/01/2006 – Tentera dan polis Israel meneruskan penindasan terhadap Hamas apabila mereka bertindak memusnahkan harta benda, merampas serta menyita pejabat Hamas selama 2 minggu di timur Jerusalem.

Polis Israel akan menghalang Hamas daripada berkempen dan bila ditanya kenapa Hamas dan bukan yang lain jawapannya “Hamas paling kami benci”.

Pengawai kempen Hamas berkata tidak kira apa yang berlaku, kempen akan tetap diteruskan. ” Ini adalah kota kami, kota Umar Al-Khattab, kota Salahuddin. Zionis adalah perompak dan kamilah yang berhak. Jika mereka fikir, tindakan mereka itu melemahkan kami, sebenarnya mereka silap, malah kami semakin kuat”, kata beliau.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.