Ratusan Pemerhati berada di Tebing Barat, Gaza

Khamis, 26/01/2006 –Ratusan org dari luar telah dipilih untuk mengawal perjalanan pilihanraya di Tebing Barat dan Jalur Gaza. Mereka termasuklah bekas Presiden US, Jimmy Carter dan juga beberapa pegawai kerajaan dan pihak NGO.


Ramai wakil Eropah dan Amerika yg mengawal perjalanan pilihanraya ini telah berjumpa dgn wakil2 Hamas. Amerika dan Eropah berkata buat permulaan mereka tidak akan terus berhubung dgn Hamas.

Menurut calon dan jurucakap Hamas berkata ?Amerika mempunyai tujuan politik dan ekonomi di dalam dunia ini, dan Palestin adalah diantaranya?. Jangkaan Kemenangan Kedua parti Fatah dan Hamas telah dijangka akan memenangi beberapa kerusi.

Kedua pilihanraya Fatah dan Menteri Perhubungan PA, Nabil Sha?ath berkata semasa berdebat di TV Satelit Arab, Fatah boleh memenangi 50 kerusi sementara Hamas boleh menang separuh dari jumlah itu. Sementara calon dan jurucakap Hamas, Mahmoud Ramahi, berkata Hamas boleh mendapat sekurang kurangnya 50 kerusi daripada 132 kerusi yg dipertandingkan.

Ramai mencadangkan supaya Hamas dan Fatah berkempen dan bersemuka dgn penduduk dan membuat jangkaan tentang kemenangan mereka.