Keputusan Awal menunjukkan kemenangan besar Fatah dan Hamas

Khamis, 26/01/2006 –Selepas 2 jam, keputusan awal menunjukkan Fatah dan Hamas memenangi hampir 120 kerusi dari 132 yg dipertandingkan di Parlimen Palestin.

Berdasarkan keputusan ini yg di uruskan oleh Universiti Bir Zeit, Fatah dijangka menang 63 kerusi dan Hamas 58 kerusi.Keputusan awal ini menunjukkan Fatah mengatasi Hamas.

Bagaimanapun masih ada lagi keputusan yg akan dikeluarkan, dan memperlihatkan Hamas semakin menghampiri Fatah. Keputusan awal ini juga menunjukan Fatah mengatasi Hamas bagi pertandingan kawasan kebangsaan, sementara Hamas mengatasi Fatah di bahagian2 daerah.

Jika semua ini benar, bermakna parti lain dan calon lain akan menerima kekalahan yg teruk.

Peratus Pengundi Tiggi

Berdasarkan Pusat Pilihanraya Palestin (CEC), keseluruhan yg keluar mengundi mencecah 80%. Peratus tertinggi dicatatkan di daerah Rafah, di selatan Jalur Gaza yg mencecah 89%.

Peratus terendah di catatkan di Jerusalem di mana pihak Israel ?mengacau? proses pilihanraya di situ.

Ammar Dweik, pegaiwai CEC berkata 585,003 pengundi yg layak mengundi di Tebing Barat, atau 74%, dan di Jalur Gaza, 396,000 iaitu 81% keluar mengundi.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.