Kemenangan HAMAS, tamparan kepada Israel dan Amerika

Jumaat, 27/01/2006 –HAMAS yang telah memenangi pilihanraya semalam telah memberikan kenyataan bahawa hasil kemenangan ini akan digunakan bagi membela nasib rakyat Palestin.

Abu Zahhar , salah seorang pemimpin kanan HAMAS berkata keputusan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada kerajaan baru dalam pelbagai sektor terutama dalam pendidikan, keselamatan, kesihatan,dan banyak lagi.

Tidak syak lagi, keputusan Rabu lalu akan menamatkan monopoli Fatah dalam politik Palestin dan HAMAS ingin berkerjasama utk menamatkan segala bentuk rasuah yang menjadi virus selama ini. Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada US dan Israel tiada pilihan selain berjumpa HAMAS dan menawarkan kompromi.

Abu Zahhar telah berjumpa dengan delegasi Eropah dan Amerika. Dalam perkembangan lain, Ahmed Qorie telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada presiden Mahmud Abbas dan menyatakan HAMAS perlu membuat kabinet baru utk kerajaan baru ini.