Mishaal: Fatah & Lain-lain diundang jadi Rakan Politik

Jumaat, 27/01/2006 – Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal (gambar) telah menegaskan bahawa kemenangan Hamas adalah kemenangan rakyat Palestin, demikian dilaporkan media Hamas.

Dalam masa yang sama, Khaled mengajak Mahmoud Abbas dan pimpinan Fatah untuk bekerjasama dalam mencapai persefahaman dalam isu berkaitan perumahan rakyat Palestin. Pihak Hamas akan mengadakan kerjasama yang sepenuhnya dengan semua kumpulan pejuang Palestin terutamanya Fatah.

Pimpinan Hamas mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada Abbas dalam memastikan proses pilihanraya berjalan dengan lancar.