Ehud Olmert Hanya Akan Bekerjasama Dengan Mahmoud Abbas

Selasa, 07/02/2006 – Pemangku PM Israel, Ehud Olmert (gambar) hanya akan bekerjasama dengan Mahmoud Abbas selagi beliau (Abbas) tidak bekerjasama dengan HAMAS.

Israel akan terus menyalurkan bantuan kepada PA (Palestinia Authority) selagi HAMAS tidak mengawalnya.

Beliau berkata demikian setelah Israel bersetuju
Ahad lalu menyumbangkan 54 juta dollar kepada PA dan mengugut tidak akan menyumbang lagi jika HAMAS mengepali kerajaan selepas ini.

Menghentikan saluran kewangan itu akan memburukkan lagi krisis kewangan PA dan menambah lagi tekanan antarabangsa kepada HAMAS.