Hassan Khuraisha – Isu kewangan tidak memeritkan rakyat Palestin

Rabu, 08/02/2006 – Wakil rakyat yang dipilih Hassan Khuraisha yang bersatu dengan pertubuhan Hamas telah menyeneraikan dan memenangi kerusi di pertubuhan PLC, meragui tuduhan Palestinian Authority (PA) yang menyatakan bahawa kewangan PA tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung gaji 140 000 pekerjanya dan menyatakan sekiranya perkara ini benar, maka seseorang perlu bertanggungjawab dalam hal ini.

?Adalah suatu perkara yang tidak dapat dipercayai bahawa kekurangan duit tersebut berlaku selepas kekalahan Fatah dari Hamas di dalam pilihanraya lepas dan saya percaa bahawa pihak perbendaharaan masih mempunyai sumber kewangan yang lebih dari cukup untuk membayar gaji tetapi terdapat penyangak yang cuba untuk meruntuhkan proses demokratik yang telah membawa Hamas kepada kuasa mereka ? dia menambah.

Beliau menyarankan penubuhan komiti neutral bagi menyemak semua fail yang yang mempunyai sejarah korupsi dan beliau menyanjung usaha Setiausaha agung PA dalam hal ini.

Penggubal undang-undang memberikan pendapat bahawa keputusan pilihanraya telah memberikan satu tamparan hebat kepada agenda politik US dan Israel di kawasan ini dan telah mengucar kacirkan segala plan mereka dan mereka telah mengugut untuk menarik balik semua dana yang disalurkan kepada PA sekiranya Hamas menubuhkan kerajaan seterusnya dan menyatakan ?Rakyat Palestin boleh hidup tanpa dana tersebut kerana mereka tidak pernah mendapat kelebihan daripadanya beberapa dekat yang lalu pun?.